MBSP perkenal sistem RNC, jana ganjaran tunai

BUKIT MERTAJAM – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memperkenalkan sistem ‘recycle n cash’ (RNC) bagi menjadikan amalan kitar semula bukan sekadar tanggungjawab tetapi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat kita.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, H’ng Mooi Lye berkata, sistem RNC ini membuktikan bagaimana inovasi dan teknologi dapat digabung untuk menggalakkan pengasingan sisa dengan ganjaran tunai kepada pengguna.

Menurutnya, inisiatif ini bukan sahaja menyemai kesedaran kitar semula tetapi memperkukuhkan ekonomi kitaran yang memberi manfaat kepada rakyat.

“RNC bukan sekadar mekanisme kutipan tetapi platform teknologi hijau yang menggabungkan kemudahan digital, tanggungjawab sosial dan ganjaran ekonomi.

“Melalui RNC, rakyat Seberang Perai kini boleh mengitar semula beberapa kaedah antaranya melalui kutipan ‘Door to Door’ (D2D) iaitu perkhidmatan kutipan dari rumah mengikut zon Parlimen dan ‘Collection On Demand’ (COD-R) iaitu permintaan kutipan melalui aplikasi web, bila-bila masa diperlukan,” katanya ketika berucap sempena majlis pelancaran sistem di Menara MBSP di sini hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Seberang Perai, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid.

Mengulas lanjut, Mooi Lye berkata, antara kaedah lain disediakan untuk sistem RNC ialah stesen pandu lalu untuk menyerahkan bahan kitar semula dengan pantas dan saluran komunikasi langsung antara pengguna dan pihak pengendali melalui Komuniti WhatsApp MBSP.

Beliau berkata, di bawah Geran Sejati MADANI, sebanyak 30 Stesen Pandu Lalu akan diwujudkan di seluruh kawasan Seberang Perai yang mana 10 di setiap daerah dalam masa terdekat.

“Berdasarkan rekod terkini dari Januari sehingga September lalu, kadar kutipan kitar semula di kawasan Seberang Perai adalah sebanyak 33.64 peratus dengan berat kutipan kitar semula sebanyak 176,902.32 tan metrik.

“Kerajaan Negeri memandang serius keperluan memperkukuhkan sistem pengurusan sistem kitar semula agar lebih menyeluruh dan berkesan seiring dengan matlamat negeri ke arah pembangunan hijau dan mampan,” jelasnya.

Sementara itu, Baderul Amin berkata, sejak 1 Jun 2016, MBSP melaksanakan dasar Pengasingan Sisa di Punca dan menyeru setiap isi rumah dan premis menunaikan tanggungjawab terhadap bumi.

Namun, beliau berkata, pelaksanaannya berdepan pelbagai cabaran daripada kekangan tenaga kerja hingga kos bahan bakar yang tinggi.

“Sebanyak RM52,543,500 setahun telah dibelanjakan bagi perkhidmatan kutipan sisa kitar semula.

“Angka ini jelas menunjukkan perlunya pendekatan yang lebih efisien, lestari dan berimpak tinggi,” tambahnya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi