Mat Jargon meneruskan kepandirannnya

SEOLAH-OLAH tidak senang jika tidak merapu, Ahli Parlimen Machang – Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, muncul lagi dengan topeng pandirnya semalam.

Dalam Wacana Sinar edisi 457 berjudul “MoU Kerajaan-Pembangkang: Jambatan atau Tembok?” pada Selasa, kepandirannya terserlah apabila dia meminta Perdana Menteri menunaikan manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Inilah masalahnya kalau seseorang yang pendek akal, berwatak badut, dan bercakap guna kepala lutut dipilih sebagai calon wakil rakyat seterusnya menang sesuatu kerusi.

Orang sebegini selayaknya beraksi dalam siri kartun ‘Tom and Jerry’ yang tampil dengan watak bingai – sudah terbakar hidup semula, kemudian kembali berbuat jahat.

Kepandiran Ketua Armada Bersatu yang digelar Mat Jargon itu seolah-olah tidak dapat dibendung apabila dia tidak dapat membezakan PH dengan Kerajaan Perpaduan.

Menuntut perkara itu sebenarnya membazirkan waktu dan tidak mermbawa kebaikan kepada penyokong pembangkang yang memerlukan kematangan wakil rakyat mereka.

Dengar sini, Mat Jargon – kamu menuntut manifesto PH, tetapi tahukah kamu bahawa kerajaan sekarang bukannya kerajaan PH.

Mat Jargon, buka telinga tu luas-luas – ini juga bukannya Kerajaan Barisan Nasional, bukan Kerajaan GRS, bukan Kerajaan GPS sebaliknya ini Kerajaan Perpaduan!

Ini Kerajaan Perpaduanlah, Mat Jargon!

Kasihan betullah kamu. Adakah kamu mabuk, pengsan, atau duduk dalam gua ketika kerajaan ini ditubuhkan atas titah Yang di-Pertuan Agong pada November 2022?

Tidakkah kamu sedar, presiden kamu Mahiaddin Yassin dengan angkuhnya menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong agar berpakat dengan PH membentuk kerajaan?

Atas keegoan presiden parti kamu, Kerajaan Perpaduan ini tidak termasuk parti kamu dan Pas. Ingat tu!

Adakah kerana kamu menyesal setelah blok parti kamu menolak titah Yang di-Pertuan Agong, maka kamu menjadi seperti orang hilang akal begini?

Kalau kamu senaraikan tingkah laku kamu sepanjang Perikatan Nasional (PN) menjadi pembangkang, terlalu banyak naratif kamu bersifat orang tidak waras.

Malang betul pengundi Machang ada wakil rakyat seperti kamu yang seharusnya lebih matang berpolitik dan mengutamakan rakyat daripada mencari populariti murahan.

Buka telinga kamu, Mat Jargon – pada zaman Ismail Sabri menjadi PM, pembangkang berjanji mematuhi Confidence & Supply Agreement (CSA).

Maknanya apa, Mat Jargon? Itu bermakna, pembangkang pada zaman itu mesti sokong undi percaya dan undi perbekalan dalam sesuatu belanjawan kerajaan.

Dalam memorandum persefahaman (MoU) yang perlu kamu patuhi tidak ada kewajiban itu. Reti tak?

Yang Kerajaan Perpaduan minta dalam MoU itu, pembangkang jangan main isu 3R dan semua Ahli Parlimen perlu isytiharkan harta.

Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) tidak sekeras Perdana Menteri Kesembilan (PMIX) dalam mengenakan syarat Mou, tetapi itu kamu sudah meroyan.

Kerajaan Perpaduan tidak minta pun pembangkang melaksanakan CSA, Mat Jargon. Itu fakta, bukannya auta.

Cuma, ada satu kelainan dalam MoU kali ini iaitu perlu isytihar harta.

Oh, kamu takut isytihar harta, ya?

Related Posts

Krisis global & kepimpinan Malaysia

KETIKA dunia dibayangi ketegangan geopolitik, inflasi, gangguan rantaian bekalan dan kebimbangan kemelesetan, banyak ramalan yang beredar bersifat suram malah ditokok tambah dengan agenda tertentu. Antaranya: •Harga bekalan makanan akan menjadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

RM5 bilion kemudahan untuk PKS terkesan kemelut Asia Barat – BNM

RM5 bilion kemudahan untuk PKS terkesan kemelut Asia Barat – BNM

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan