Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan penyelarasan sementara kuota bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada 200 liter sebulan ketika ini berikutan tekanan bekalan global yang masih berterusan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sebarang keputusan berkaitan perkara itu akan terus diteliti dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bersidang setiap minggu mengikut keadaan ekonomi semasa.

Mengulas lanjut, Kamil berkata, kerajaan memberi perhatian menyeluruh terhadap rantaian bekalan termasuk sektor minyak yang ketika ini masih berada pada tahap stabil.

“Kita harus lihat kepada keseluruhan ekosistem, termasuk soal bekalan minyak. Setakat ini keadaan itu masih terkawal dan kerajaan memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.

“Kita juga sudah mempelbagaikan sumber minyak kita dan tidak hanya tertumpu kepada minyak daripada negara-negara Asia Barat,” katanya kepada Bernama dalam program Ruang Bicara bertajuk Krisis Bekalan Tenaga terbitan Bernama TV.

Sebelum ini, kerajaan melaksanakan pelarasan sementara kuota BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April lalu susulan konflik di Asia Barat, manakala harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

Dalam masa sama, beliau berkata, kerajaan masih meneruskan usaha menampung subsidi bahan api walaupun Bank Dunia mencadangkan harga RON95 bersubsidi dinaikkan kepada RM2.05 seliter berbanding kadar semasa RM1.99 seliter.

“Meskipun pada peringkat awal ada sedikit tentangan tetapi selepas dilaksanakan (penyelarasan subsidi), ia berjalan dengan sangat baik dan kita dapat menjimatkan sebahagian besar daripada ketirisan yang berlaku sebelum ini.

“Atas sebab itu juga kita mampu bertahan dengan pendekatan kita pada hari ini,” katanya.

Related Posts

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

JOHOR BAHRU – Mandat perlu dikembalikan kepada rakyat melalui pilihan raya sekiranya mahu menukar kerajaan, bukannya dengan cara ‘menebuk atap’ iaitu budaya politik yang mencacatkan demokrasi. Ketua Angkatan Muda Keadilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mutu IPT jadi penentu masa depan generasi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mutu universiti menjadi faktor penting dalam menentukan masa depan generasi, justeru institusi pendidikan tinggi (IPT) perlu memastikan standard kecemerlangan terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang