Masa saya jadi Menteri, MSN terima sumbangan Sports Toto – Khairy Jamaluddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan Majlis Sukan Negara (MSN) menerima sumbangan daripada syarikat judi Sports Toto ketika pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Beliau menegaskan, dana tersebut diterima ketika beliau memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan yang digunakan demi pembangunan atlet negara.

“Ramai yang tidak tahu sebahagian daripada peruntukan kepada MSN, saya pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan datang daripada Sports Toto.

“Dan dalam penyata kewangan Berjaya Sports Toto ditulis di situ, tapi tak pernahlah ada majlis (rasmi) pemberian cek sumbangan. Memang kita terima dan itu untuk tujuan kesihatan juga untuk sukan. Majlis Sukan Negara ini melibatkan semua atlet Malaysia,” katanya.

Pendedahan itu dibuat menerusi podcast Keluar Sekejap yang membincangkan isu pemberian sumbangan syarikat arak kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina baru-baru ini.

Dalam pada itu, Khairy menyedari kesulitan yang dialami sekolah bantuan modal yang tidak  mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk membina fasiliti seperti dewan.

“Saya ketika berada di kawasan ada banyak sekolah bantuan modal datang dan saya beri sumbangan sebagai Ahli Parlimen sebab saya tahu nak bergantung kepada peruntukan kerajaan memang mereka tidak akan dapat seperti sekolah bantuan penuh.

“Sekolah ini tak ada pilihan. Salah satu hujah balas DAP dan pejuang pendidikan Cina, kalau kamu tak beri peruntukan untuk kita bina dewan kenapa nak halang cari duit daripada mana-mana sumber,” katanya.

Sementara itu, Khairy merakamkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kerana teguh mempertahankan garis panduan mengenai sumbangan syarikat arak, rokok dan judi kepada sekolah.

Bagaimanapun, katanya, keperluan penjelasan secara terperinci kepada pelbagai pihak dilaksana kerana isu tersebut bukan sahaja kerana melibatkan kesihatan kanak-kanak dan pelajar tetapi juga masyarakat umum.

“Menteri memang teguh dengan pendirian, saya ucapkan tahniah kepada YB Fadhlina Sidek kerana itu memang garis panduan dan dia pertahankan.

“Cuma sekarang ini ada pertikaian dengan garis panduan itu sebenarnya bermaksud apa. Sama ada ia menghalang secara total atau ia cuma menghalang sumbangan itu diuar-uarkan atau dipamerkan,” katanya.

Jemaah Menteri sebelum ini bersetuju mengekalkan garis panduan sedia ada yang antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

Kementerian Pendidikan memaklumkan perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Pada masa sama, katanya Mesyuarat Jemaah Menteri juga mengambil pendirian untuk memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan dana melalui Lembaga Pengelola Sekolah dan yayasan.

Related Posts

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

KUCHING – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan reformasi pendidikan yang sebenar bermula dari bilik darjah dan bukan sekadar perubahan dasar besar semata-mata. Menurut beliau, sambutan Hari Guru bukan sekadar perayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sokong hasrat ASEAN bangunkan ‘toolkit’ tangani jenayah siber – Fahmi

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN ketika ini, komited untuk terus membantu negara-negara anggota membentuk satu garis panduan atau ‘toolkit’ serantau dalam usaha membenteras jenayah digital, termasuk buli siber dan penyebaran ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Lelaki dengan 19 rekod jenayah lampau ditembak mati di Bukit Jambul

Lelaki dengan 19 rekod jenayah lampau ditembak mati di Bukit Jambul