Maritim tahan warga Filipina curi 20 batang beruti

LAHAD DATU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu menahan tiga warga Filipina kerana mencuri 20 batang kayu beruti di Perairan Kunak di sini pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, dalam kejadian pada pukul 5.20 pagi bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan Op Pluto Timur 2/2013 telah mengesan sebuah bot pam, tiada nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan di kedudukan lebih kurang 0.7 batu nautika timur laut bandar Kunak.

“Hasil pemeriksaan awal, pasukan Maritim Malaysia menemui 20 batang kayu beruti diikat di sisi bot yang dikendalikan tiga warga Filipina berumur lingkungan 35 sehingga 45 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, bot pam itu melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana kesemua suspek tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka juga didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kanun Keseksaan kerana memiliki kayu beruti disyaki dicuri.

“Hasil siasatan difahamkan beruti berkenaan dicuri dari kilang dan akan dijual di pasaran tempatan,” katanya menerusi kenyataan media pada Ahad.

Katanya, bot pam beserta kayu beruti yang dianggarkan bernilai lebih RM5000 diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, berikutan kejadian itu Zon Maritim Lahad Datu akan meningkatkan rondaan dan pemeriksaan ke atas bot-bot yang berada di perairan ini khususnya yang melakukan aktiviti mencurigakan.

Related Posts

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

PUTRAJAYA – Pulau Tioman bakal kembali bersinar sebagai destinasi pelancongan utama dunia selepas kerajaan bersetuju menyegerakan projek baik pulih infrastruktur yang kini berada dalam keadaan kritikal. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

TAWAU – Dalam dunia kulinari yang semakin moden, tiga sepupu memilih untuk kembali kepada akar tradisi dengan mengekalkan sentuhan Bibiq (nenek) dalam setiap hidangan masakan daging rusa atau payau. Usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap