Dekati masyarakat demi promosi program keselamatan PDRM

MUAR – Pengetahuan masyarakat daerah ini mengenai program Kempen Rumah Selamat dilihat semakin meningkat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dapatan ini diperoleh berdasarkan hasil temu-bual pihaknya bersama penduduk sekitar melalui program turun padang dijalanlam oleh pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Menurut beliau, kebanyakan masyarakat mulai cakna terhadap kempen berkenaan termasuklah penyertaan mereka dalam program berkenaan.

“Sejak kebelakangan ini, hasil pendekatan kita bersama masyarakat mendapati penduduk semakin cakna dengan kempen keselamatan kediaman setiap kali tibanya musim perayaan.

“Bila kita turun padang mendekati mereka, masyarakat dah sedia tahu mengenai Kempen Rumah Selamat ini termasuklah kewujudan sistem aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Sehingga kini, aplikasi tersebut telah berjaya mencapai sehingga 1,249 jumlah pengguna yang berada dalam daerah ini. Ini mungkin sebahagian hasil kejayaan pihak IPD Muar yang berusaha mempromosikan aplikasi VSP setiap kali melakukan program kemasyarakatan termasuklah aktiviti santai rondaan sekitar kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Deepavali di Stesen Bas Bentayan, di sini, hari ini.

Sementara itu, tambah Raiz Mukhliz, pihaknya setakat ini telah menerima tiga permohonan bagi Kempen Rumah Selamat sempena perayaan Deepavali nanti.

“Walaupun ramai yang dah mengetahui kewujudan Kempen Rumah Selamat ini, namun pihak polis ingin mengingatkan kepada penduduk daerah agar tidak lupa untuk mengisi borang masing-masing sekiranya berhasrat untuk meninggalkan kediaman dalam tempoh perayaan ini.

“Selain itu saya menyeru agar semua pengguna jalan raya untuk memandu dengan berhati-hati terutama ketika jumlah kenderaan bertambah. Sebagai mana tahun lalu, kita berjaya mencapai sifar kemalangan maut pada perayaan Deepavali,” katanya.

Terdahulu, dalam program sama, sebanyak 500 mangkuk bubur lambuk, muruku dan risalah berkaitan jenayah sindiket penipuan serta keselamatan jalan raya diedarkan kepada penduduk sekitar.

Related Posts

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus
  • YnomYnom
  • January 22, 2026

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

TONGOD – Semua pihak diseru agar mengetepikan politik perbalahan dan bergerak secara adil dan bersama-sama demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar