Belanjawan Sarawak 2025 asas utama kejayaan PCDS 2030

KUCHING – Belanjawan Sarawak 2025 menjadi asas utama kepada kejayaan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS) 2030.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, belanjawan tersebut merupakan strategi kerajaan Sarawak untuk mengubah negeri berpendapatan tinggi menerusi amalan lestari dan inovasi yang keterangkuman sosial.

“Perkara ini selaras dengan Bajet Malaysia Madani 2025 untuk memastikan Malaysia dipacu dengan pertumbuhan hijau, penggunaan teknologi dan pembangunan yang mampan,” ujar beliau.

Tambah beliau, peruntukan kepada Sarawak dalam Bajet Malaysia Madani 2025 sebanyak RM5.9 bilion membolehkan projek penting dalam aspek infrastruktur, tenaga dan pendidikan dapat memajukan Sarawak sambil mengukuhkan unjuran ekonomi kita dengan objektif kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Bajet Sarawak: Bersama Membina Masa Depan Sejahtera di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.

Sementara itu, Abang Johari berkata, kedua-dua belanjawan ini membolehkan Sarawak meneruskan pelaburan dalam sektor tenaga yang boleh diperbaharui seperti Ladang Solar Terapung Batang Ai yang mampu menjana tenaga sebanyak 50 megawatt (MW) dan tenaga hidrogen.

Usaha ini membolehkan Malaysia mengukuhkan unjuran ekonomi antara 4.8 peratus dan 5.3 peratus pada tahun ini meskipun ketidaktentuan landskap ekonomi global pada masa kini.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen