Maritim Sandakan gagalkan cubaan seludup diesel, petrol dan tong gas ke negara jiran

SANDAKAN –  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kumpit yang disyaki cuba menyeludup keluar minyak diesel, petrol dan tong gas pelbagai jenama dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan hampir RM830,000 di perairan Tanjung Aru, pada malam Isnin.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot terbabit ditahan kira-kira 0.8 batu nautika dari perairan Tanjung Aru selepas dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan menuju ke perairan negara jiran.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan oleh seorang nakhoda dan tujuh kru warga asing berusia antara 27 hingga 50 tahun yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.

“Selain itu, bot tersebut turut membawa enam penumpang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita dipercayai warga negara jiran berusia antara 16 hingga 41 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati bot itu membawa muatan 250 tong biru berisi kira-kira 50,000 liter petrol, 15 tong mengandungi sekitar 3,000 liter diesel dan 120 tong gas pelbagai jenama dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan hampir RM830,000.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1962, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melakukan penyeludupan barangan kawalan, pengendalian vesel tanpa dokumen sah serta kemasukan individu tanpa permit yang sah.

“Tangkapan ini membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam membanteras kegiatan penyeludupan serta menjaga keselamatan perairan negara.

“Orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau jenayah maritim ke Pusat Operasi Maritim Sandakan di talian 089-222519 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera,” ujarnya.

Related Posts

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070 liter minyak diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia