MARA Liner kendali BAS.MY Kangar, beri komitmen penuh mobiliti rakyat

KANGAR – MARA Liner Sdn. Bhd. mengorak langkah baharu apabila menerajui operasi perkhidmatan BAS.MY Kangar dalam usaha memperkukuh jaringan pengangkutan awam yang cekap, selamat dan dipercayai untuk rakyat Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner, Zachary Ismail berkata, pelancaran tersebut merupakan sebahagian daripada kesinambungan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) yang kini dikenali sebagai BAS.MY.

“Kami menyambut amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan bukan sahaja menyediakan perkhidmatan bas, malah turut memperkenalkan sistem digital serta sokongan infrastruktur pintar demi kemudahan rakyat,” katanya.

Antara persediaan utama sebelum pelancaran rasmi termasuk penggunaan 100 peratus bas mini baharu mesra OKU, sistem pengurusan armada berasaskan GPS masa nyata, dan pelancaran awal aplikasi Journey Planner untuk semakan lokasi dan waktu bas secara langsung.

Menurut kenyataan syarikat itu, MARA Liner turut mengekalkan purata pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) melebihi 98.5 peratus dari segi ketepatan masa, laluan dan kepatuhan trip sejak fasa awal pelaksanaan SBST.

Sebagai syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA), MARA Liner menjadi rujukan utama agensi seperti APAD dalam sesi lawatan sambil belajar, latihan teknikal serta perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan pengangkutan awam luar bandar.

MARA Liner juga menyediakan Kad Konsesi 30 Hari serendah RM10 sebulan untuk pelajar, siswa, OKU dan warga emas, manakala kad tanpa had perjalanan ditawarkan serendah RM50 bagi pengguna umum.

“Pendekatan kami bukan sekadar penyediaan perkhidmatan dan ia adalah amanah dan MARA Liner akan terus memperkukuh sistem digital serta ketelusan maklumat demi manfaat rakyat,” menurut kenyataan itu lagi.

MARA Liner merupakan antara pengendali utama GLC dalam sektor bas ekspres, sewa khas dan perkhidmatan henti-henti luar bandar di Malaysia dengan reputasi tinggi dalam kecekapan operasi dan liputan luar bandar.

Related Posts

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

PUTRAJAYA – Proses pemindahan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman ke tapak baharu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi asal diluluskan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh. Beliau berkata, semua kelulusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

LIMBANG – Kehadiran seekor ular tedung hitam sepanjang kira-kira satu meter yang menceroboh sebuah rumah di Kampung Bunga Raya di sini, mencetuskan kebimbangan penghuni sebelum reptilia itu berjaya ditangkap pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri