Kes Zara Qairina: Polis minta orang ramai bertenang, tidak buat spekulasi

KOTA KINABALU – Polis minta orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan lanjut berhubung kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya akan melaksanakan siasatan menyeluruh secara telus.

“Kejadian seorang pelajar Zara Qairina pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Datu Mustafa Limauan Sabah yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama.

“Kini dalam siasatan pihak PDRM Kontinjen Sabah,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Terdahulu, pada 16 Julai 2025 pukul 8.19 pagi pihaknya menerima laporan berkaitan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama pada kira-kira 4 pagi.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1), Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan lanjut dan disahkan meninggalkan dunia pada 17 Julai 2025 kira-kira pukul 1 tengah hari,” ujarnya.

Katanya lagi, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Papar di talian 088-912222 atau terus hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy