Malaysia pelopori perjanjian penerbitan terbuka pertama di Asia Tenggara

PAUH PUTRA – Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan Transformative Agreement (TA) bersama Springer Nature, sekali gus memperkukuh komitmen negara terhadap pelaksanaan sains terbuka dan ekosistem penyelidikan yang mampan.

Inisiatif bersejarah itu dimeterai melalui kerjasama antara Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi (KONSEPT) dan penerbit antarabangsa Springer Nature dalam satu majlis peluncuran yang berlangsung di Hotel Palm Garden, Putrajaya, baru-baru ini.

Perjanjian berkenaan membolehkan penyelidik daripada kesemua 20 universiti awam di Malaysia menerbitkan artikel dalam lebih 2,000 jurnal hibrid Springer Nature secara Akses Terbuka (Open Access), sekali gus meningkatkan keterlihatan penyelidikan negara di peringkat global.

Ia turut memberi akses penuh kepada lebih 2,300 jurnal teks penuh terbitan Springer Nature dari tahun 1997 hingga kini, menjadikan Malaysia antara peneraju rantau dalam memperluas penyebaran ilmu secara terbuka.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pelaksanaan TA tersebut merupakan antara langkah strategik nasional bagi memperkasa dasar keterbukaan ilmu serta menyokong agenda digital pendidikan tinggi.

“Kementerian menyambut baik inisiatif TA ini yang bukan sahaja memperluas akses kepada sumber penyelidikan berkualiti tinggi, malah memacu budaya penerbitan berimpak tinggi dalam kalangan penyelidik tempatan,” menurut kenyataan itu.

Tambah KPT, pelaksanaan perjanjian tersebut juga sejajar dengan kerangka National Knowledge Infrastructure (NKI), di mana akses dan perkongsian ilmu secara terbuka menjadi teras pembangunan negara berteraskan pengetahuan.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr. Azlinda Azman, menyifatkan perjanjian ini sebagai pemangkin transformasi penerbitan ilmiah yang menyeluruh di institusi pengajian tinggi negara.

“Ini langkah penting dalam perubahan landskap penerbitan ilmiah negara, daripada model langganan konvensional kepada model gabungan ‘Read and Publish’ yang menyokong akses terbuka,” katanya semasa menyempurnakan peluncuran majlis tersebut.

Menurut beliau, dengan 57 peratus penyelidikan Malaysia telah diterbitkan secara akses terbuka sehingga 2022, perjanjian ini dijangka terus memperkasa keterlihatan dan impak global penyelidikan tempatan.

Naib Presiden Jualan bagi Jepun, Asia Tenggara dan Oceania merangkap Pengarah Urusan Springer Nature Jepun, Antoine Bocquet, menyatakan komitmen syarikat itu dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan global secara inklusif.

“Malaysia kini berada di barisan hadapan rantau dalam mendorong perubahan ke arah model sains terbuka yang mampan dan berskala,” katanya.

Springer Nature kini melibatkan lebih 80 TA di seluruh dunia membabitkan lebih 3,700 institusi penyelidikan dan Malaysia menjadi negara ketujuh di Asia menyertainya selepas Hong Kong, India, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Taiwan.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan