Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

INDEKS Kebahagiaan IPSOS 2025 mencatatkan Malaysia berada pada tahap kebahagiaan yang lebih tinggi berbanding tahap purata kebahagiaan global sekali gus mengatasi beberapa negara maju di Asia.

Berdasarkan hasil tinjauan syarikat penyelidikan pasal mendapati 77 peratus rakyat Malaysia berada dalam kondisi bahagia dan melebihi tahap purata global sebanyak 71 peratus.

Hal ini menampilkan rakyat Malaysia yang mempunyai ‘pandangan yang positif terhadap kehidupan.

Mengulas lanjut, IPSOS melaporkan negara membangun di rantau ini seperyi Indonesia, India serta Thailand mencatatkan tahap kebahagiaan lebih tinggi berbanding negara lebih maju seperti Korea Selatan dan Jepun.

“Rakyat Malaysia menganggap penghargaan dan keluarga sebagai sumber utama kebahagiaan, sama seperti pandangan purata global. Ini membuktikan kasih sayang dan penghargaan adalah nilai sejagat manakala keluarga penting dalam kehidupan setiap manusia.

“Kepentingan ‘memiliki perasaan bahawa hidup saya mempunyai makna’ dalam kalangan rakyat Malaysia pula mencerminkan tumpuan budaya yang lebih besar terhadap tujuan dan sumbangan,” katanya.

Seterusnya, hampir lebih separuh rakyat Malaysia yakin dan optimis memandang kehidupan akan bertambah baik melebihi tahap purata global.

“Sentimen ini kekal sama dan penduduk di India serta Asia Tenggara memiliki tahap keyakinan yang lebih tinggi berbanding di Jepun dan Korea Selatan,” lapor IPSOS.

Walaupun sebahagian rakyat Malaysia kekal positif, tetapi berdasarkan tinjauan tersebut turut menonjolkan kebimbangan utama yang menjejaskan kesejahteraan termasuk dari aspek kestabilan seperti kewangan, keadaan perumahan atau kehidupan serta keterjaminan pekerjaan.

“Rakyat Malaysia juga amat prihatin dengan keadaan hidup dan pekerjaan mereka. Ini mungkin mencerminkan cabaran signifikan yang mereka hadapi susulan persekitaran hidup dan budaya kerja tempatan,” katanya.

Tinjauan Indeks Kebahagiaan IPSOS 2025 merupakan respons daripada 23,765 orang dewasa di bawah usia 75 tahun di 30 negara yang dikumpul antara 20 Disember 2024 dan 3 Januari 2025.

Related Posts

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei