Malaysia destinasi pilihan pelancong, pelabur di rantau Asia

PUTRAJAYA – Malaysia muncul destinasi utama di Asia Tenggara bagi pelaburan langsung asing (FDI) dan pelancongan di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI, kata Presiden Perhimpunan Agung UN-Habitat, Nga Kor Ming.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen kerajaan MADANI terhadap tadbir urus yang baik, dasar mesra pelabur dan diplomasi antarabangsa.

“Daripada memudahkan peraturan visa sehinggalah kepada pengukuhan hubungan diplomatik, Kerajaan MADANI sedang merintis laluan untuk pengiktirafan global,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis

Malaysia baru-baru ini, menduduki tempat ketiga di peringkat global dalam Indeks Keuntungan Asas 2025 (BPI) – di belakang India dan Rwanda – dan mendahului Singapura, Vietnam, Indonesia dan Filipina.

BPI dibangunkan ahli ekonomi Daniel Altman itu, menilai 100 negara berdasarkan potensi penghasilan keuntungan, pemeliharaan nilai dan membawa pulang modal dalam tempoh lima tahun.

Malaysia juga melakar kejayaan penting dengan mengatasi Thailand sebagai destinasi pelancongan paling ramai dikunjungi di ASEAN bagi suku pertama 2025, menurut laporan Vietnam Express.

Laporan memetik data rasmi dari beberapa negara ASEAN itu menunjukkan Malaysia menerima lebih 10.1 juta pelancong asing dari Januari hingga Mac tahun ini.

Thailand mencatatkan 9.55 juta, manakala Vietnam dan Singapura masing-masing merekodkan enam juta dan 4.31 juta pelancong.

Kor Ming menyifatkan pelantikan Malaysia sebagai presiden Perhimpunan UN-Habitat adalah pengiktirafan terhadap kepimpinan negara dalam pembangunan bandar mampan.

“Peranan itu membolehkan Malaysia memperkukuh kerjasama antarabangsa dan memperluas pengaruh di peringkat global.

“Ketika peranan Malaysia terus menyerlah di pentas antarabangsa, adalah penting untuk kita mengekalkan momentum ini bagi meningkatkan keyakinan pelabur serta kestabilan politik dan ekonomi,” jelasnya.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia