Malaysia bebas virus Nipah

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan bahawa Malaysia setakat ini bebas daripada virus Nipah, namun pemantauan berterusan dan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan dilaksana bagi memastikan status bebas penyakit itu terus terpelihara.

DVS dalam kenyataan memaklumkan, sebagai agensi bertanggungjawab terhadap kesihatan haiwan dan penyakit zoonotik, pemantauan tahunan dilaksanakan ke atas babi domestik dan babi hutan bagi pengesanan awal kewujudan penyakit.

“Pada tahun 2025, lebih daripada 2000 sampel babi domestik dan 48 sampel babi hutan telah diuji dan semuanya menunjukkan keputusan negatif virus Nipah.

“DVS juga mengawal import daging babi dari luar negara, yang mana hanya negara yang bebas Nipah sahaja yang dibenarkan eksport ke Malaysia.

“Kita sentiasa berjaga-jaga susulan laporan wabak Nipah melibatkan manusia di West Bengal, India baru-baru ini, bagi mencegah sebarang risiko kemasukan dan penularan penyakit itu ke dalam negara,” katanya pada Isnin.

Dalam pada itu, DVS memaklumkan, kelawar buah dikenal pasti sebagai perumah semula jadi virus Nipah, manakala ternakan babi bertindak sebagai perumah pengganda yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada manusia sekiranya biosekuriti ladang tidak dipatuhi.

“Antara tanda klinikal Nipah pada babi termasuk gejala pernafasan, demam, kelesuan, kurang selera makan serta gangguan saraf seperti tremor dan sawan.

“Sehubungan itu, penternak babi diseru meningkatkan kewaspadaan, khususnya ladang berhampiran dusun atau mempunyai pokok buah-buahan yang boleh menarik kehadiran kelawar.

“Penternak dinasihatkan memantau kehadiran kelawar, mengurangkan faktor tarikan serta memastikan amalan biosekuriti pada tahap tinggi, selain melaporkan segera sebarang tanda penyakit mencurigakan kepada DVS,” katanya.

DVS menegaskan bahawa langkah-langkah kesiapsiagaan dan pemantauan akan terus diperkukuh khususnya melalui pemantauan terhadap populasi kelawar buah.

DVS juga mengingatkan bahawa penyakit Nipah adalah penyakit wajib lapor di Malaysia dan orang ramai khususnya penternak perlu segera melaporkan kepada jabatan itu sekiranya disyaki berlaku jangkitan penyakit itu dalam kalangan ternakan.

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak panik, dapatkan maklumat daripada sumber rasmi, serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

“DVS akan terus komited dalam memastikan keselamatan kesihatan haiwan, kelestarian industri ternakan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara.

“DVS turut menyeru semua pihak, khususnya para penternak, agar sentiasa peka terhadap perkembangan semasa penyakit haiwan dan melaporkan segera sebarang tanda klinikal kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar berhampiran atau melalui talian hotline 03-8870 2041,” katanya.

Related Posts

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara luar untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam industri pertahanan kerana negara ini mengamalkan dasar berkecuali. Beliau yang juga Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global