LKAN: Kesan kelemahan perbelanjaan, kawalan projek MyDigital ID

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 mendedahkan wujud kelemahan dalam aspek perbelanjaan dan kawalan dalaman pada peringkat awal pelaksanaan Projek Pembangunan MyDigital ID (MyDID) di bawah pengurusan MIMOS Berhad (MIMOS).

Menurut laporan bagi Penyata Persekutuan Aktiviti Kementerian/Jabatan/Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan, struktur tadbir urus projek didapati tidak berfungsi seperti ditetapkan, termasuk ketiadaan pembentangan rasmi berhubung kelulusan perbelanjaan dan status pelaksanaan projek dalam mesyuarat berkaitan.

Dari sudut kewangan, audit mendapati sejumlah RM28.13 juta yang diperuntukkan kepada MIMOS bagi projek berkenaan dibelanjakan tanpa kelulusan jawatankuasa yang ditetapkan.

Ia merangkumi 11 subskop projek yang dibelanjakan tanpa atau melebihi penyaluran peruntukan berjumlah RM4.08 juta serta perbelanjaan melebihi kos bagi satu subskop berjumlah RM70,000.

“Ini menunjukkan kelemahan kawalan dalaman dan ketidakpatuhan terhadap tadbir urus serta mandat yang ditetapkan.

“Selain itu, perbelanjaan ‘resource cost’, emolumen, kemudahan perubatan kakitangan dan kelengkapan pejabat berjumlah RM14.09 juta dibayar menggunakan dana pembangunan, bertentangan dengan Garis Panduan Pelaksanaan Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), menunjukkan perbelanjaan tidak mengikut tujuan peruntukan,” berdasarkan laporan itu yang dibentangkan hari ini.

Pada 21 Julai 2023, MIMOS dilantik sebagai agensi pelaksana Projek MyDID dan diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bertindak sebagai agensi penyelia.

KDN menyalurkan peruntukan pembangunan sebanyak RM80 juta kepada MIMOS, dengan syarikat itu bertanggungjawab mengemukakan perincian penggunaan peruntukan kepada KDN, manakala perbelanjaan dipantau serta disahkan oleh jawatankuasa ditetapkan.

Sementara itu, dari aspek perolehan, audit mendapati pembelian ‘security cage’ dan ‘door access’ dibuat tanpa kelulusan Makmal Kajian Nilai, selain peralatan berkenaan tidak digunakan sehingga mengakibatkan pembaziran kewangan serta mencerminkan kelemahan kawalan aset.

“Secara umumnya, sebagai seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah, wakil MIMOS hendaklah melaksanakan kuasa dan tanggungjawab fidusiarinya dengan memastikan setiap proses tadbir urus dan kawalan dalaman dipatuhi bagi memastikan kepentingan Projek MyDID sentiasa terpelihara.

“Ini termasuk keperluan pematuhan syarat yang dikenakan KDN kepada pengurusan My Digital ID Sdn Bhd (MyDIDSB) supaya syarat berkenaan dipatuhi,” katanya.

Related Posts

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara luar untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam industri pertahanan kerana negara ini mengamalkan dasar berkecuali. Beliau yang juga Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan