Malangnya penduduk kampung pinggir Tasik Kenyir

SETELAH berlaku pencerobohan haiwan liar termasuklah gajah, sekali lagi penduduk beberapa kampung pinggir Tasik Kenyir berdepan dugaan.

Kali ini kampung halaman mereka dilanda banjir yang boleh dikatakan paling teruk setakat ini.

Yang paling terkesan menerima dugaan itu penduduk Kampung Padang Setebu (kira-kira 6 kilometer dari tasik tersebut.

Daripada keseluruhan15 buah rumah (15 Keluarga), 12 rumah hanya nampak bumbung dalam kejadian penghujung bulan lepas yang berlarutan awal bulan ini.

Dikatakan bahawa paras air naik mendadak tengah malam dan mereka lari sehelai sepinggang ke kawasan bukit (hutan).

Mujur sebahagian besar kenderaan dapat dialihkan ke kawasan tepi jalan di tepi bukit tersebut.

Menurut mereka, ketika air naik, arus banjir itu beralih membelah kawasan kampung; tidak lagi mengikut aliran Sungai Telemong.

Tinjauan penulis mendapati, tiada pusat pemindahan banjir di kampung itu setakat ini.

Nasib mereka itu turut dialami sebahagian penduduk Kampung Basong dan Kampung Pasir Dula.

Banjir di ketiga-tiga kampung ini menyaksikan banyak kerugian berlaku melibatkan peralatan dalam rumah, kenderaan, haiwan ternakan, dan tanaman.

Tidak sukar untuk penulis menyelami kehibaan dan kesengsaraan mereka kerana malang itu bertimpa-timpa.

Pun begitu, sebagai hamba Allah SWT yang faham akan qada dan qadar Ilahi, mereka besar jiwa berdepan semua berkenaan.

Bagi mereka, itu sahaja keupayaan masing-masing dalam mendepani bencana dan siri ujian tersebut.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati, beberapa pihak termasuklah parti politik, badan bukan kerajaan, dan orang perseorangan tampil membantu mengikut kemampuan masing-masing.

Diharapkan bantuan terus tiba, sekurang-kurangnya dapat meringan beban mangsa berkenaan.

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

ALHAMDULILLAH, umat Islam sekali lagi menyambut Aidiladha. Sebuah perayaan yang bukan sekadar hadir dengan takbir dan ibadah korban, tetapi membawa bersama kisah-kisah agung tentang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan manusia kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI catat rekod terbaik, selesai 9 tuntutan MA63 dalam 3 tahun

SELAMA lebih 60 tahun selepas pembentukan Malaysia, isu MA63 sering dijadikan janji politik setiap kali pilihan raya datang menjengah. Semua yang pernah menduduki kerusi nombor 1 di Putrajaya bercakap tentang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar