Majlis perundingan akan ditubuh pantau 31 MoU Malaysia-China

TAPAH – Malaysia akan menubuhkan sebuah majlis perundingan bagi memastikan pelaksanaan 31 memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani semasa lawatan Presiden China, Xi Jinping, baru-baru ini dapat dilaksanakan secara holistik.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penubuhan majlis tersebut adalah penting bagi memantau pelaksanaan perjanjian-perjanjian yang melibatkan pelbagai sektor dan kementerian, menjadikannya sangat penting untuk memastikan koordinat dilakukan secara rapi

Menurutnya, untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan MoU, setiap kementerian dan agensi terlibat perlu mengemukan laporan suku tahunan kepada Kementerian Luar, yang akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

“Ada banyak MoU yang patut ditandantangani, tetapi tidak dipersetujui di peringkat dua negara. Ada kalanya terdapat perkara sensitif dan kita memutuskan untuk tidak menandatangani sesetengah perjanjian.

“Sebenarnya ada 50 perjanjian yang dirancang, tetapi hanya 31 yang ditandatangani. Itu pun sudah banyak dan meliputi pelbagai bidang,” katanya pada sidang media  selepas mengadakan kempen rumah ke rumah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Batu Masjid, pada Jumaat

Turut hadir, calon BN, Mohamad Yusri Bakir.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pendekatan itu akan melancarkan koordinasi antara kementerian-kementerian yang terlibat dalam pelaksanaan perjanjian-perjanjian tersebut.

Katanya, majlis itu akan ditubuhkan selepas mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari China selain mesyuarat pertama dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

“Ia melibatkan banyak kementerian, jadi seperti yang kita lakukan dengan Arab Saudi, kita akan tubuhkan satu majlis perundingan antara Malaysia dan China. Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Luar China akan bertindak sebagai penyelaras.

“Kita telah lakukan perkara ini dengan negara-negara lain. Bila banyak kementerian terlibat, kita mesti ada satu kementerian penyelaras.

“Jadi, saya dan rakan sejawat dari China akan pastikan selepas pelbagai dokumen ditandatangani, bagaimana kita mahu laksanakan? Apakah dasar yang perlu digerakkan? Kita tidak mahu hanya tandatangan dokumen, kemudian tiada apa-apa berlaku,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO memaklumkan sistem yang teratur akan dilaksanakan bagi memastikan hasil yang diperoleh dapat disegerakan dan diterjemah untuk kebaikan rakyat.

“Itulah yang akan kita lakukan untuk memastikan pelaksanaan berjalan secara sistematik dan hasilnya dapat dipercepatkan serta memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER