Kalah saman fitnah vaksin, Abu Syafiq perlu bayar KJ RM2.5 juta

PADAH membawa naratif palsu ketika pandemik COVID-19 dan program vaksinasi kerajaan, penceramah agama, Ustaz Abu Syafiq diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membenarkan saman yang dikemukakan oleh Khairy terhadap Abu Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Rasyiq Mohd Alwi.

Raja Ahmad Mohzanuddin Shah memutuskan Khairy selaku plaintif layak menerima ganti rugi am berjumlah RM2 juta, iaitu masing-masing RM250,000 bagi setiap lapan kenyataan fitnah.

Beliau turut memerintahkan Mohd Rasyiq membayar RM500,000 bagi ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, menjadikan jumlah keseluruhan RM2.5 juta.

Hakim berkata, Mohd Rasyiq selaku defendan sengaja mengambil kenyataan Khairy di luar konteks dan melakukan fitnah serta mencipta naratif yang tidak benar.

Terdahulu, pada 25 Januari 2022, Khairy menyaman Mohd Rasyiq atas dakwaan memfitnahnya dengan membuat beberapa kenyataan fitnah termasuk menyiarkan tiga video dan gambar di Instagram ‘Ustaz Abu Syafiq’ pada 20 Oktober 2021 serta pada 6 dan 10 Jan 2022.

Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya beliau berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa dirinya telah diberi vaksin COVID-19 serta menerima dos ketiga serta memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa