Mahkamah Sesyen tolak permohonan Albert Tei mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Hajiji

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini menolak permohonan ex-parte oleh Albert Tei untuk mendapatkan kebenaran memfailkan prosiding perintah komital (hina mahkamah) terhadap Ketua Menteri Sabah (Caretaker), Datuk Seri Hajiji Noor.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zaini Fhishir @ Fisal membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada Edward Paul selaku peguam yang mewakili Albert Tei, serta Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh bersama Roland Alik yang mewakili Ketua Menteri.

Permohonan tersebut difailkan oleh Albert Tei di bawah Aturan 52, Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, bertujuan mendapatkan kebenaran untuk memulakan tindakan komital atas dakwaan bahawa kuasa imigresen negeri digunakan untuk menghalang beliau memasuki Sabah bagi menghadiri perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya.

Pada 17 November lalu, mahkamah memberi keizinan kepada Peguam Besar Negeri untuk hadir dan membantu prosiding permohonan tersebut. 

Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Rustam Sanip turut dijemput mengemukakan hujahan sokongan.

Menurut Brenndon menerusi kenyataan media pada Rabu, permohonan itu tidak terpakai kerana Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 hanya meliputi prosiding sivil, bukan prosiding jenayah sebagaimana diperuntukkan di bawah Aturan 1 Kaedah 2(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 

“Justeru, permohonan Albert Tei dianggap tersasar dari segi undang-undang.

“Menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah, kuasa terhadap kawalan dan arahan pendakwaan adalah terletak pada Peguam Negara Persekutuan yang diwakili oleh TPR. 

“Oleh itu, sebagai orang kena tuduh dalam prosiding jenayah, Albert Tei tidak mempunyai kedudukan untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap pihak lain kerana peranan tersebut berada di bawah bidang kuasa TPR,” jelas beliau. 

Selain itu, Brenndon menyatakan bahawa permohonan tersebut dibuat dalam niat jahat dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah kerana tidak mempunyai asas fakta atau undang-undang yang sah.

Setelah meneliti semua hujahan, Mahkamah Sesyen memihak kepada Ketua Menteri Sabah dan menolak permohonan tersebut berdasarkan bantahan awal yang dikemukakan Peguam Besar Negeri Sabah.

Brenndon berkata, keputusan ini menegaskan bahawa bidang kuasa penghinaan mahkamah tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya atau bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan pentadbiran keadilan.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM