Mahkamah Mukah kini berwajah baharu, kos cecah lebih RM400,000

MUKAH – Mahkamah Mukah kini tampil dengan wajah baharu susulan kerja pengubahsuaian premis berkenaan yang menelan belanja sebanyak RM474,925.

Perasmian bangunan baharu tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada Isnin.

Mahkamah Mukah dalam satu kenyataan memaklumkan, perpindahan ke premis baharu di Jalan Desa Tanjung itu dibuat bagi menggantikan premis lama yang terletak di Jalan Kubu II.

Menurut kenyataan itu, bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah tersendiri berkenaan telah diserahkan kembali kepada kerajaan Sarawak untuk ditransformasikan sebagai muzium dan arkib warisan negeri.

“Perpindahan ini sekali gus membolehkan operasi kehakiman dijalankan di lokasi yang lebih kondusif, selesa dan dilengkapi kemudahan moden demi manfaat masyarakat setempat.

“Meskipun melalui tempoh peralihan selama tujuh bulan ketika kerja pengubahsuaian dilaksanakan, pihak mahkamah sentiasa memastikan akses keadilan kepada penduduk tetap berjalan lancar tanpa sebarang gangguan,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Terdahulu, pada majlis perasmian tersebut, Mahkamah Mukah turut membentangkan pencapaian cemerlangnya sepanjang tahun 2025 dengan merekodkan penyelesaian sebanyak 110 kes bagi Mahkamah Sesyen dan 1,429 kes bagi Mahkamah Majistret.

Untuk rekod, bangunan mahkamah baharu itu telah mula beroperasi secara rasmi pada 10 Februari lalu dengan sokongan tenaga kerja merangkumi Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Penolong Pegawai Tadbir Undang-Undang serta barisan jurubahasa.

Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais; Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi serta Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias.

Related Posts

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei