Mahfuz pelik kenapa PN rasa pelik untuk isytihar harta

AMANAH hari ini menyambut rasa pelik PN terhadap syarat ditetapkan kerajaan pada memorandum persefahaman (MOU) dengan kepelikan yang lebih besar.

Menurut Mahfuz Omar, dia tidak faham mengapa Takiyuddin Hassan dan PN berasa pelik apabila Putrajaya menegaskan keperluan ahli parlimen membuat pengisytiharan harta sebagai salah satu keperluan memeterai MOU dengan kerajaan.

Naib Presiden Amanah itu berkata, amalan tersebut bukanlah sesuatu yang aneh kerana ia sudah dipraktikkan sebelum ini, khususnya selepas PRU ke-14 yang diadakan pada 2018.

“Saya lebih pelik kenapa Takiyuddin tidak boleh menerima syarat pengisytiharan harta tersebut.

“Ia telah dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad pada 2018 dan beliau adalah orang yang sama dilantik oleh Pas dan PN menjadi ketua Panel Penasihat SG4,” katanya lapor Malaysiakini pada Isnin.

Mahfuz yang juga pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang menambah ketika Mahathir menjadi perdana menteri kali kedua, parlimen mengeluarkan pekeliling hasil daripada kewujudan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional.

Melalui dasar itu, kata Mahfuz, semua ahli parlimen – sama ada kerajaan atau pembangkang – perlu mengisytiharkan harta masing-masing.

“Ia diterima baik pada masa itu dan berterusan diamalkan sehingga sekarang.

“Malah ketika mereka (PN) memerintah negara selama 33 bulan dan beliau (Takiyuddin) adalah sebahagian daripada kerajaan, mereka turut mengisytiharkan harta dan menerima pakai sebagai pelan strategi pembenterasan rasuah nasional.

“Kenapa kini ia dipertikaikan pula?” katanya.

Pagi tadi Takiyuddin selaku ketua Whip ahli parlimen pembangkang mengesahkan sudah menerima draf MOU daripada kerajaan berhubung pembahagian peruntukan kepada ahli parlimen.

Dikendalikan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, draf berkenaan diterima PN pada 6 Ogos lalu namun belum dapat diteliti kerana parti terbabit berdepan dengan kesibukan PRN Nenggiri.

Menurut Takiyuddin ada tujuh syarat yang dinyatakan pada draf berkenaan. Misalnya larangan berkaitan isu 3R, ucapan kebencian, dan hasutan.

“Apa yang kita tak faham ialah mengapa mereka mahu ahli parlimen yang bukan sebahagian daripada pentadbiran mengisytiharkan harta mereka.

“Kami tidak faham perkara ini, kerana perdana menteri sebelum ini hanya memerlukan pengisytiharan harta daripada anggota pentadbiran seperti menteri, timbalan perdana menteri, dan timbalan menteri,” kata Takiyuddin.

Related Posts

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak