Sebelum suruh Zahid dicutikan, lihat dulu geng sendiri – Akmal

MELAKA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicutikan bagi memberi laluan kepada siasatan dibuat sehingga selesai.

Beliau berkata, cadangan pemimpin tertinggi Pas itu sepatutnya diutarakan kepada ahli Pas dan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu, bukannya parti lawan.

“Masing-masing pun ada kes yang disiasat dan sedang didakwa di mahkamah… ke dekat orang lain boleh, tetapi geng sendiri tak boleh?

“Satu lagi, setuju ke dengan kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri lepas? Sila jawab persoalan ini dulu”, katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut menambah bahawasanya Tuan Ibrahim berpandangan siasatan terhadap Presiden UMNO terbabit perlu dibuat secara menyeluruh mengikut undang-undang dan tiada unsur paksaan.

Jelasnya, persoalan utama ketika ini adalah jaminan hasil selepas siasatan sedangkan 47 kes melibatkan Ahmad Zahid boleh ditarik semula.

Untuk rekod, Muhammad Sanusi kini berdepan dua tuduhan menghasut dan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor serta penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Mohd Shukri pula disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam projek pembangunan di negeri berkenaan.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak