Tuan Ibrahim perlu desak ‘geng sendiri’ terpalit kes mahkamah ambil cuti

ALOR SETAR – Pas perlu mendesak yang pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang terpalit dengan kes mahkamah mengambil cuti, kata Ketua Penerangan UMNO Kedah.

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, mengapa desakan bercuti tersebut hanya ditujukan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedangkan beberapa pemimpin PN yang terlibat dengan beberapa kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hasutan 3R (raja, agama dan kaum) dan lain-lain tidak diarahkan mengambil cuti.

Shaiful berkata, sepatutnya mereka yang berhadapan dengan kes berkenaan juga perlu bercuti seperti yang didesak oleh Timbalan Presiden Pas , Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Kenapa seruan itu hanya ditujukan kepada Zahid sahaja dan ini tidak adil. Mengapa tidak mencadangkan kepada geng sendiri.

“Oleh itu saya mendesak Tuan Ibrahim turut menggesa rakan sepejuangannya dalam Pas dan Bersatu turut juga disiasat,” katanya.

Menurutnya lagi, sebagai contoh, kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang sedang naik turun mahkamah apabila dituduh berkaitan kes 3R dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang disiasat oleh SPRM berkaitan kes pecah amanah.

“Manakala kes Mohd Shukri pula turut dipertahankan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin supaya tidak melayan gesaan supaya Menteri Besar Perlis itu meletak jawatan.

“Ini sangat bertentangan dengan desakan Tuan Ibrahim yang mahukan Zahid diberikan cuti.

“Ini menampakkan kepimpinan Pas hari ini mengamalkan ‘double standard’ bagi mempertahankan ahli-ahlinya yang turut terpalit dengan kes mahkamah,” ujarnya.

Semalam, dalam satu kenyataan Tuan Ibrahim mendesak Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri bercuti supaya disiasat kerana mendakwa terdapat unsur memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Bersumpah (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Rupanya Tuan Ibrahim dan Pas masih tidak ‘move on’ dalam pembentukan kerajaan pada PRU lalu.

“Ini menunjukkan mereka ingkar titah Agong bagi membentuk kerajaan hari ini.

“Untuk pengetahuan Tuan Ibrahim, semua calon BN perlu menandatangani kontrak dengan rela hati tanpa dipaksa, katanya.

Menurut Shaiful, kontrak itulah yang memberikan kuasa kepada Presiden UMNO untuk mewakili semua Ahli Parlimen BN dalam mana-mana rundingan pembentukan kerajaan.

Langkah itu terbukti sangat efektif apabila Kerajaan Perpaduan yang dibentuk sangat stabil dan tidak goyah seperti kerajaan sebelum ini.

“Secara peribadinya saya melihat kenyataan Tuan Ibrahim dan Pas hanya menunjukkan mereka sakit hati melihat UMNO membentuk kerajaan pada hari ini.

“Manakala Pas yang memenangi banyak kerusi tetapi kecewa dalam mencari strategi untuk membentuk kerajaan pasca PRU15,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok.

Related Posts

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak