MAFFI Sabah seru media sokong usaha perluas penanaman durian premium

PENAMPANG – Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah menyeru sokongan pihak media bagi mempromosikan keperluan meningkatkan penanaman durian premium di negeri ini.

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, perkara itu sebagai usaha memperkukuh ekonomi rakyat dan membuka peluang pasaran eksport ke China dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Sabah masih memerlukan penglibatan lebih ramai rakyat untuk menanam durian premium seperti Musang King, Duri Hitam, IOI serta varieti tempatan berpotensi tinggi termasuk Kinabalu King, Dalit dan Tenom Beauty.

“Berdasarkan statistik semasa, Sabah hanya mempunyai kira-kira 5,000 pokok durian premium yang ditanam dan daripada jumlah itu hanya sekitar 800 pokok yang sudah matang serta mengeluarkan hasil.

“Varieti Kinabalu King mempunyai potensi besar untuk pasaran eksport kerana menjadi antara durian kegemaran pelancong dari China dan Korea yang berkunjung ke Sabah.

“Selain itu, durian Dalit dan Tenom Beauty juga mempunyai keunikan serta kelebihan tersendiri yang boleh diketengahkan untuk pasaran luar, khususnya China,” katanya semasa sidang media di Kebun Durian Timpangoh, di sini, pada Rabu.

Tambahnya, tanaman durian premium merupakan nilai pulangan yang tinggi serta mampu membantu rakyat keluar daripada garis kemiskinan sekiranya diusahakan secara terancang dan bersepadu.

Justeru, bermula tahun hadapan MAFFI akan memperkasakan Program Kebun Dapur dengan menggalakkan masyarakat luar bandar menanam sekurang-kurangnya empat hingga lima pokok durian premium di sekitar rumah.

“Hasil yang diperoleh nanti akan dikumpulkan di pusat pengumpulan yang telah diwujudkan, dengan kerjasama KPD sebanyak 10 pusat dan Jabatan Pertanian sebanyak enam pusat.

“Saya mahu memastikan pusat pengumpulan dapat beroperasi dengan berkesan supaya rakyat mempunyai saluran tetap untuk menjual hasil mereka,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri I MAFFI, Datuk Ruslan Muharam dan Pembantu Menteri II MAFFI, Datuk Hendrus Anding.

Related Posts

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

MIRI – Gara-gara terpedaya dengan kata-kata manis seorang kenalan lelaki di aplikasi TikTok, seorang pesara swasta wanita berputih mata selepas kerugian RM1,173,700 akibat menjadi mangsa ‘Love Scam’. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting