Lubnan kemuka aduan atas serangan Israel terhadap Unifil

BEIRUT – Lubnan mengemukakan aduan rasmi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin berhubung serangan berulang Israel terhadap misi pengaman PBB di Lubnan (Unifil).

Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan, duta Lubnan ke PBB di New York itu membuat aduan kepada Majlis Keselamatan dan Setiausaha Agung Antonio Guterres di bawah arahan Menteri Luar, Abdullah Bou Habib, lapor Anadolu.

Menurut pegawai diplomatik Lubnan, mereka menyifatkan serangan Israel terhadap Unifil adalah satu modul berbahaya dan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa yang boleh mengancam tugas Unifil.

Lubnan menyeru agar sikap tegas dan tegar diambil terhadap serangan tersebut supaya ia setara dengan jenayah perang yang dilakukan serta mendesak agar Israel dipertanggungjawabkan atas pelanggaran yang dibuat.

Pada Ahad, Israel memulakan siri pelanggaran dengan menerjah masuk ke salah satu pos Unifil menggunakan kereta kebal sehingga menyebabkan beberapa orang anggota pengaman cedera.

Minggu lalu, empat anggota pengaman Unifil cedera akibat serangan tentera Israel di pos keselamatan mereka di selatan Lubnan.

Unifil ditubuhkan pada tahun 1978 sebagai pasukan sementara untuk membantu memulihkan keamanan di rantau tersebut dan memaksa pengunduran Israel dari wilayah tersebut.

Angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan sejak Oktober lalu meningkat kepada 2,309 orang, dengan 10,782 lagi cedera, kata Kementerian Kesihatan Lubnan pada Isnin.

Terdahulu pada Isnin, Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa tiga orang terbunuh dan 84 lagi cedera dalam serangan udara Israel di daerah Nabatieh, selatan Lubnan.

Sejak 23 September, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran di seluruh Lubnan dengan alasan menyasarkan Hizbullah, yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,542 orang, mencederakan lebih 4,555 yang lain, dan menyebabkan lebih 1.34 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Related Posts

Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

WASHINGTON – Donald Trump menyifatkan suspek yang didakwa cuba menyerang pegawai pentadbirannya di satu majlis gala berpakaian rasmi pada malam Sabtu sebagai ‘lelaki yang agak sakit’. Presiden Amerika Syarikat (AS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy