Satu lagi malam ngeri Gaza, 30 khemah musnah dibakar Zionis

GAZA – Satu lagi malam ngeri buat rakyat Palestin apabila dua serangan maut Israel menyasarkan sebuah hospital di bandar Deir al-Balah dan telah membakar 30 khemah yang menempatkan rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat perang.

Menurut Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), serangan ngeri menggunakan jet pejuang itu telah meragut nyawa empat orang rakyat Palestin dan mencederakan 40 orang yang lain, lapor WAFA.

Sebelum itu, serangan udara lain turut meragut nyawa 22 orang, termasuk 15 kanak-kanak, di sebuah sekolah yang menempatkan penduduk yang dipindahkan di kem pelarian Nuseirat di bahagian tengah Gaza.

“Satu lagi malam ngeri di Semenanjung Gaza.

“Serangan mengenai halaman hospital, membakar khemah di mana orang sedang tidur. Sebelum itu, sebuah sekolah UNRWA yang menempatkan keluarga turut diserang di Nuseirat,” kata UNRWA dalam satu kenyataan.

Tambah UNRWA, sekolah yang diserang di kawasan Nuseirat itu sepatutnya dijadikan pusat pemberian vaksin polio pada hari ini (Isnin), yang melibatkan fasa kedua pemberian vaksinasi polio untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun bermula di tengah Gaza awal pagi tadi.

Israel meneruskan serangan ganas ke atas Gaza susulan serangan rentas sempadan oleh kumpulan Palestin, Hamas, pada 7 Oktober tahun lepas, meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata segera.

Sejak itu, hampir 42,300 orang terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 98,600 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Serangan Israel telah menyebabkan hampir seluruh penduduk Semenanjung Gaza terpaksa dipindahkan, di samping sekatan berterusan yang membawa kepada kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.

Israel kini berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Gaza.

Related Posts

Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

WASHINGTON – Donald Trump menyifatkan suspek yang didakwa cuba menyerang pegawai pentadbirannya di satu majlis gala berpakaian rasmi pada malam Sabtu sebagai ‘lelaki yang agak sakit’. Presiden Amerika Syarikat (AS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy