Lelaki ditahan bersama 248 pil ecstasy bernilai RM12,400 di Lundu

LUNDU — Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun selepas menemui 248 biji pil berwarna biru disyaki dadah jenis Ecstasy dalam satu serbuan di Kampung Rukam, Lundu, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Lundu, Superintenden Sudirman Kram, serbuan yang dijalankan pada jam 2 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) bersama Task Force IPD Lundu itu berjaya merampas dadah dengan anggaran berat 100.93 gram dan nilai pasaran RM12,400.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah. Walau bagaimanapun, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, serta sekurang-kurangnya 12 kali sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 Oktober 2025 bagi membantu siasatan lanjut.

Tambah beliau, BSJN IPD Lundu telah merekodkan sebanyak 115 tangkapan berkaitan pengedaran dan penyalahgunaan dadah sejak Januari hingga 20 Oktober tahun ini.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti dadah. Orang ramai diseru menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan ini melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222,” jelasnya.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia