Kunjungan muhibah Deepavali rapat hubungan warga FELDA

KUANTAN – Pihak pengurusan FELDA Wilayah Jengka mengadakan kunjungan muhibah bersempena sambutan Deepavali di tanah rancangan FELDA sekitar Jerantut, semalam.

Kunjungan itu disertai Pengarah FELDA Wilayah Jengka, Tarmizi Lee dan Timbalannya, Sarimah Sudin.

Tarmizi berkata, inisiatif itu adalah hasil idea dan perbincangan dilakukan antara pihak pengurusan serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) tanah rancangan itu.

“Alhamdulillah, kali ini kita berpeluang menyantuni dan meraikan Deepavali bersama-sama rakan peneroka yang berada di FELDA Jengka 15 dan FELDA Jengka 20.

“Sudah tentu program seumpama ini bukan hanya dapat merapatkan hubungan antara warga peneroka, tapi dalam masa yang sama sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang turut berbakti memajukan tanah rancangan FELDA di Pahang,” katanya.

Turut sama dalam kunjungan itu adalah Ketua Peneroka FELDA Wilayah Jengka, Arifin Wahab, Pengerusi Gabungan Peneroka Wanita, Zariah Haron dan barisan Exco JKKR FELDA Wilayah Jengka.

Dalam perkembangan sama, Exco JKKR FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud memaklumkan, pihaknya merancang untuk menjadikan program kunjungan muhibah itu sebagai acara tahunan.

“Bukan hanya semasa perayaan tertentu saja, kita akan buat program seperti ini untuk setiap perayaan utama, selain program ziarah kasih yang sering dilakukan pihak FELDA.

“Ini menunjukkan kami warga peneroka FELDA memiliki semangat kekeluargaan yang sangat rapat dan ia akan diteruskan supaya generasi akan datang juga dapat meraikan hubungan erat ini,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16