Larangan merokok pejabat swasta lindungi kesihatan pekerja, majikan perlu laksana peraturan

PUTRAJAYA – Larangan merokok di beberapa kawasan dan premis termasuk di tempat kerja swasta yang berkuat kuasa semalam bukan saja melindungi kesihatan pekerja, namun menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.

Penyelaras Inisiatif @SmokeFreeMY Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, larangan itu penting kerana kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Surgeon General Amerika Syarikat (AS) mendapati tiada tahap pendedahan kepada asap rokok basi (secondhand smoke) yang selamat.

Menurut beliau, kajian berkenaan membuktikan asap rokok persekitaran mengandungi lebih 4,700 bahan kimia berbahaya, termasuk 43 bahan karsinogenik.

“Data di Malaysia menunjukkan bahawa penguatkuasaan larangan merokok di tempat kerja adalah sangat penting bagi meningkatkan kualiti udara dalaman, melindungi kesihatan pekerja dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penyakit akibat asap rokok.

“Sehubungan itu, FOMCA menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan undang-undang ini demi melindungi keselamatan dan kesihatan masyarakat secara keseluruhan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Sha’ani menegaskan setiap majikan diwajibkan memastikan bangunan tempat kerja bebas asap rokok sepenuhnya, selain pihak berkuasa harus meningkatkan pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap larangan itu.

Demi mewujudkan persekitaran lebih sihat, jelasnya, langkah tersebut mampu menghapuskan pendedahan kepada asap rokok basi yang boleh menyebabkan masalah kesihatan akut dan kronik serta mengurangkan ketidakhadiran akibat penyakit, berkaitan dengan pendedahan asap rokok.

“Sejak pelaksanaan Kod Amalan Kualiti Udara Dalaman 2010 dan penguatkuasaan Akta 853, beberapa pihak telah mencabar perluasan larangan merokok di bangunan tempat kerja atas pelbagai alasan, termasuk kebimbangan tentang hak peribadi dan implikasi ekonomi.

“Walau bagaimanapun, mahkamah telah menegaskan bahawa kepentingan kesihatan awam adalah keutamaan utama,” katanya.

Lantaran itu katanya, semua pihak digesa mematuhi larangan dengan hanya merokok di kawasan dibenarkan di luar bangunan dan menggesa agar tindakan tegas terhadap pelanggaran peraturan larangan merokok diambil.

“FOMCA menyokong sepenuhnya penguatkuasaan larangan merokok di semua bangunan tempat kerja di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP) melalui Kod Amalan Kualiti Udara Dalaman 2010.

“Larangan ini juga dikuatkuasakan selaras dengan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 853) dan Perintah Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Pengisytiharan Kawasan atau Tempat Larangan Merokok) 2024,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Program Segar dan Perkhidmatan Berhenti Merokok, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Datuk Kaswuri Keman berkata, inisiatif itu adalah tindakan tepat dan strategik diambil kerajaan berlandaskan prinsip kesihatan awam sejagat.

Beliau berkata, pihaknya teguh menyokong dasar itu dan menggesa semua pihak melihatnya sebagai langkah ke depan demi generasi lebih sihat serta bebas ancaman merokok.

“Dasar ini bukan pelanggaran hak, tetapi dasar yang mementingkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

“Larangan itu juga selaras komitmen Malaysia pada peringkat global terhadap Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC) mengikut Artikel 8. yang menyatakan perlindungan kepada pendedahan asap rokok di tempat kerja tertutup, pengangkutan awam, tempat awam tertutup dan tempat awam lain,” katanya.

Pada 4 Oktober lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilapor berkata premis dobi dan bangunan tempat kerja menjadi lokasi baharu tersenarai dalam kawasan larangan merokok berkuat kuasa 1 Januari, susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober tahun lalu.

Related Posts

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

PUTRAJAYA – Amerika Syarikat (AS) sudah menggerakkan usaha diplomatik bagi membolehkan Presiden Donald Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Oktober ini. Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, pentadbiran AS sedang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

PUTRAJAYA – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) perlu menumpukan kepada keutamaan strategik sektor agromakanan serta memastikan pelaksanaannya di peringkat lapangan diterjemah dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan petani, peladang dan nelayan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI