Hati-hati sokongan Pas, ‘jin politik’ yang pandai manipulasi agama – Nur Jazlan

PENYERTAAN Pas secara tiba-tiba dalam memberikan sokongan kepada perhimpunan solidariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai suatu yang meragukan.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tindakan parti itu perlu dilihat secara menyeluruh kerana Pas sentiasa mempunyai motif tertentu khususnya ketika bertindak terhadap dalam perkara yang di luar jangka.

“Pemimpin Pas sering cakap macam mereka ni wakil syurga. Tapi bagi saya, Pas bukan ‘malaikat politik’ tapi lebih kepada ‘jin politik’ sebab mereka pandai manipulasi agama demi kepentingan sendiri.

“Fatwa politik mereka berubah ikut selera. Dulu kawan UMNO satu jihad untuk ummah tapi bila bermusuh, UMNO pula dikafirkan. Sama juga dengan DAP, masa berkawan, DAP bagus; bila bergaduh, DAP jadi komunis,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini.

Justeru, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai meminta semua ahli UMNO agar berhati-hati dengan tindakan luar jangka Pas ketika ini.

Nur Jazlan turut menyoal motif Pas menjadi pembela Najib dan mengerahkan ahli parti itu turun beramai-ramai pada perhimpunan di Mahkamah Rayuan 6 Januari nanti.

“Mungkin sekarang ni lebai Pas nak cari duit baru lagi dari Najib tu sebab Bersatu pun dah pokai dan bila PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cakap nak buat Pilihan Raya Umum (PRU) awal, Pas mengelabah sebab mereka sekarang ni takde pitih,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, parti itu akan bersetiakawan bersama UMNO demi Najib pada 6 Januari bagi mengadakan perhimpunan di Putrajaya.

Dalam memo dalamannya, Takiyuddin meminta pemimpin parti itu menggerakkan ahli bagi menyertai perhimpunan itu.

Perhimpunan itu bertepatan dengan pendengaran kes mengenai Titah Adendum yang didakwa boleh membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Susulan kenyataan dikeluarkan Takiyuddin, AMT UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, perhimpunan solidariti itu tidak bersifat politik dan tidak pernah dibincangkan dengan Pas.

Puad dilaporkan berkata demikian sebagai membalas kritikan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang tidak bersetuju dengan perhimpunan itu memandangkan UMNO sebahagian parti gabungan kerajaan.

Related Posts

Teraju Pahang slogan kosong Pas

KUANTAN – Kerajaan Pahang yang ketika ini diterajui UMNO tidak terkesan dengan kempen ‘Teraju Pahang 2.0’ yang sedang dilakukan Pas. Sambil menyifatkan kempen itu tidak lebih daripada slogan ‘kosong’, Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas