Lapor MoT jika kena penalti lebih mahal daripada harga asal tiket penerbangan

KUALA LUMPUR – Penumpang penerbangan yang dikenakan caj tambahan melampau, seperti dalam kes pembetulan nama pada tiket penerbangan digesa melaporkan perkara itu agar siasatan dapat dilakukan oleh pihak berkuasa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan, beliau secara peribadi beranggapan caj pembetulan nama pada tiket penerbangan tidak sewajarnya melebihi harga tiket asal.

“Kalau ada kes spesifik caj tambahan seperti pertukaran nama yang lebih mahal daripada harga tiket penerbangan asal, tolong bawa kepada saya.

“Sebab saya rasa caj seperti itu tidak sampai melebihi harga asal tiket.

“Jadi saya alu-alukan kalau ada kes spesifik seperti ini tolong serah kepada saya (MoT), sebab kalau aduan dibuat secara general (umum), sukar untuk kita ambil tindakan,” katanya pada sesi jawapan Menteri di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PN Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berhubung dakwaan terdapat penumpang penerbangan yang mengenakan penalti lebih mahal berbanding tiket asal hanya untuk dilakukan pembetulan nama pada tiket seperti menambah nama bapa dan sebagainya.

Terdahulu, aduan serupa turut dibuat beberapa penumpang penerbangan di media sosial, sekali gus menggesa kerajaan khususnya MoT mencari jalan penyelesaian supaya kepentingan penumpang turut dilindungi.

“Memang betul boleh buat aduan namun masih nampak kelompangan ada syarikat penerbangan masih mengambil kesempatan. Diharapkan kerajaan dapat mencari penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah ini,” luah Mila Dayang di Facebook.

“Sikap yang dilakukan oleh syarikat penerbangan mengenakan caj tambahan yang tinggi adalah melampau. Dahlah harga tiket pun mahal, penaliti pun harga dengan tidak masuk akal. Pihak berwajib bukalah mata, buat sesuatu agar syarikat ini terbuka untuk bertobat kenakan pengguna,” kata Samad Faiz.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese akan mengadakan perbincangan dengan Petronas bagi mempertingkat kerjasama sektor tenaga antara Malaysia dan Australia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza