Krisis dalaman Armada Bersatu sukar difahami

MASALAH dalaman membabitkan sayap parti Bersatu – Armada – bukan perkara yang boleh disembunyikan.

Sejak Oktober lalu, semasa pemilihan parti itu berlangsung lagi, banyak benda dibangkitkan.

Kemuncaknya adalah ketika perselisihan keputusan akhir membabitkan pemilihan Ketua Armada Bersatu Pusat.

Ketika pusingan awal penjumlahan undi, Ahmad Zahin Zainal Abidin mengumumkan menang dalam pemilihan itu.

Bagaimanapun, dia yang mendakwa memperoleh 2,432 undi akhirnya tewas selepas pengiraan semula.

Akhirnya, jawatan Ketua Armada Bersatu dimenangi Muhammad Hilman Idham.

Dan sejak Muhammad Hilman menjadi Ketua Armada, berlaku pengunduran secara bersiri oleh pimpinan sayap parti itu.

Sebelumnya, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin yang memegang jawatan ketua biro profesional dan sukarelawan melepaskan jawatan itu pada 9 Januari lalu.

Alasannya, Muhammad Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia menguruskan sayap parti itu ‘luar daripada kebiasaan’ dan mengamalkan pentadbiran berisiko yang boleh menggugat struktur Armada.

Manakala, hari ini, dua exco Armada – dari Sabah – Afrizan Jamil dan Abdul Asis Rishad Khan pula mengumumkan pengunduran mereka daripada jawatan lantikan itu.

Mereka berdua memegang jawatan dalam hal ehwal pengurusan Armada, jawatan yang dilantik oleh Ketua Armada.

Walaupun mereka melepaskan jawatan dalam hal ehwal pengurusan Armada, namun kedua-duanya menegaskan masih mempertahankan jawatan sebagai exco.

Siri pengunduran ini dikatakan berpunca daripada rasa kurang senang terhadap pimpinan tertinggi Armada.

Selepas Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ‘meninggalkan’ sayap parti itu, Armada tidak mempunyai barisan pelapis yang dilihat mampu memberi nilai tambah kepada Bersatu.

Begitu juga dengan kemampuan untuk mempersiapkan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Wan Ahmad Fayhsal pula ‘sibuk’ selepas digantung dari Parlimen enam bulan akibat isu surat layang membabitkan BlackRock dan saham Malaysia Airport Holdings Berhad.

Justeru, dia sudah tidak lagi sempat melihat kepada masalah dalaman yang sedang berlaku dalam Armada – yang pernah dikepalainya.

Related Posts

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

ISU royalti petroleum kembali dipolemikkan seolah-olah wujud ketidakadilan besar terhadap negeri pengeluar seperti Terengganu. Namun, persoalan sebenar yang perlu ditanya bukanlah ‘berapa banyak negeri terima’, tetapi bagaimana sistem ini sebenarnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang