Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang

LUMUT – Kerajaan Negeri Perak mencadangkan pembangunan kampus cawangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Segari, dekat sini, dalam usaha memperkukuh sektor pendidikan tinggi serta keupayaan pertahanan negara.

Difahamkan, cadangan berkenaan kini berada pada peringkat awal perbincangan yang melibatkan kerjasama antara kerajaan negeri, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dan agensi berkaitan industri pertahanan.

Menurut sumber KPT, pihak kementerian menyambut baik cadangan tersebut dan melihatnya sebagai langkah strategik dalam memperluas akses pendidikan tinggi berteraskan pertahanan, khususnya dalam bidang maritim yang semakin signifikan.

“Cadangan pembangunan kampus cawangan ini masih di peringkat awal dan sedang diperhalusi melalui sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan.

“Kementerian komited untuk memastikan setiap perancangan selari dengan keperluan semasa serta hala tuju pembangunan pendidikan tinggi negara,” katanya.

Jelasnya lagi, Lumut dilihat sebagai lokasi paling sesuai berdasarkan kedudukannya yang strategik sebagai pangkalan utama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), selain kehadiran pembangunan Lumut Maritime Industrial City (LuMIC) yang dijangka menjadi hab industri maritim negara.

Cadangan ini juga dilihat mampu melengkapkan ekosistem pendidikan pertahanan negara, dengan Lumut berpotensi muncul sebagai pusat tumpuan bagi bidang pertahanan maritim, melengkapi lokasi sedia ada yang memfokuskan kepada pertahanan darat dan udara.

“Sekiranya direalisasikan, pembangunan kampus tersebut dijangka memberi impak positif kepada ekonomi setempat, termasuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu serta merancakkan aktiviti perniagaan di sekitar daerah Manjung.

“Selain itu, ia turut membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan pertahanan dan keselamatan negara.

“Dalam masa sama, inisiatif berkenaan berpotensi mengangkat Perak sebagai antara negeri penting dalam pembangunan strategik negara, khususnya dalam sektor keselamatan dan industri maritim,” ujar sumber itu.

Kerajaan negeri dijangka memperincikan pelan pembangunan projek itu dalam masa terdekat selepas semua sesi libat urus dimuktamadkan.

Related Posts

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

KUANTAN – Seorang pegawai kanan polis direman lima hari hingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM64,000. Rasuah itu dipercayai sebagai balasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

MIRI – Bandar Miri menerima ketibaan kira-kira 120 pelancong dari Hong Kong menerusi lawatan selama lima hari empat malam bermula 26 hingga 30 April ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang