Taruhan 2 bekas kapten gagal selamatkan bola sepak Kedah

PILIHAN raya ke-15 lalu berjaya membawa dua bekas kapten bola sepak Kedah dalam kancah politik yang diharapkan dapat menaikkan lagi tahap bola sepak di negeri Jelapang Padi .

Bekas dua kapten itu ialah Radhi Md Din bagi DUN Alor Mengkudu dan Baddrol Bakhtiar, DUN Gurun menjadi taruhan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat mengharumkan lagi pasukan bola sepak di Kedah hari ini.

Oleh itu tidak hairanlah keghairahan itu menyebabkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mula bercita-cita membina sebuah stadium bola sepak yang setaraf dengan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Rakyat Kedah juga turut teruja dengan kemenangan dua bekas kapten bola sepak Kedah diharap terus menerajui kegemilangan bola sepak di negeri itu pada masa akan datang seperti mana dua kapten itu menerajui pasukan bola sepak Kedah hingga menjulang beberapa piala.

Akhirnya impian itu hanya tinggal impian sahaja apabila pasukan bola sepak Kedah hari ini dilanda badai sehingga ramai pemainnya sudah mengangkat kaki dan berhijrah ke pasukan lain.

Mereka terpaksa berpindah kerana kegagalan pihak bertanggungjawab gagal melunaskan gaji mereka.

Sungguhpun pasukan Kedah Darul Aman FC ( KDA FC) sudah diswastakan tetapi peranan Sanusi dan Radhi masih ada dalam pasukan itu tetapi gagal diselamatkan hingga pasukan bola sepak itu yang dahulunya digeruni kini hilang taringnya.

Sebagai Presiden Bola Sepak Kedah dan Exco Sukan kedua mereka tidak boleh lepas tangan sungguh pun KDA FC milik perseorangan.

Sukan bola sepak adalah dekat di hati rakyat Kedah sejak dahulu lagi dan ketidakupayaan pemimpin hari ini membawa Kedah ke mercu kejayaan seperti sebelum ini adalah sangat mengecewakan peminat sukan bola sepak hijau kuning itu.

Kini ramai tertanya-tanya dimana bekas dua kapten bola sepak Kedah itu?

Mereka hilang dari radar dan keduanya sepi tanpa berita. Ini bermakna mereka gagal memberi idea yang mampu membawa pasukan bola sepak ke luar dari masalah yang dihadapi hari ini.

Di sinilah kebijaksanaan dan kewibawaan seseorang itu perlu direalitikan bukan hanya sekadar menjadi Yang Berhormat sahaja tetapi kepimpinan jauh ke laut.

Bagi Radhi yang merupakan Exco Sukan negeri juga gagal memberi idea yang bernas supaya pasukan Kedah dapat ke luar dari kepompong masalah hingga pasukan elit itu sudah kian menjunam ke bawah dalam ranking bola sepak hari ini.

Bagaimanapun penulis sangat memuji semangat yang ditampilkan oleh pemain yang ada sekarang membujur lalu melintang patah tidak sama sekali menyerah kalah.

Apa khabar buat Baddrol? Sudahkah beliau buat manifesto seperti yang dijanjikan akan siap selepas pilihan raya lalu.

Sebagai bekas kapten bola sepak memang mudah untuk mengemudikan pasukan hanya 11 pemain di padang sahaja tetapi berlainan dalam kancah politik yang perlu hadapi dalam pelbagai duri dan onar.

Maju dan undur kawasan pengundi atau badan sukan itu terletak kepada kebijaksanaan pemimpin itu.

Sekiranya pemimpin itu kurang didedahkan kepimpinan serta kurangnya ilmu sudah pasti rakyat akan menanggung deritanya.

Oleh itu adalah tidak sewajarnya melihat kejayaan seseorang itu di dalam padang sahaja dan kemudian sudah boleh dikatakan mampu membawa pembaharuan dalam pembangunan.

Populariti seseorang itu belum cukup sebagai penanda aras bagi mereka untuk terlibat dalam politik yang memerlukan kebijaksanaan dan kepimpinan sebagai pakej seorang ahli politik yang akan dihormati.

Apa yang penting pengundi perlu bijak memilih pemimpin yang berkarisma dapat melakukan pembaharuan serta mempunyai latar belakang akademik yang baik supaya dapat memimpin pengundinya ke arah kejayaan.

“Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Kesimpulannya akibat tersilap pangkah akhirnya rakyat Kedah menanggung ‘derita’ apabila melantik calon yang bukan sebenarnya seorang pemimpin yang mampu membawa kemajuan dalam pembangunan amnya dan dunia sukan khususnya.

Related Posts

Skandal bertimpa di Kedah: – Bersih yang dilaung, berdebu yang terburai

POLITIK Kedah minggu-minggu kebelakangan ini memang hangat dan bukan hangat kerana dasar atau idea, tetapi kerana satu demi satu kes mahkamah yang menyeret pemimpin negeri Merong Mahawangsa itu ke muka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Asrama YT Kemaman dinaik taraf? Propaganda UPDI gagal

KENYATAAN terbaru Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) kononnya “AYTK dinaik taraf menjadi Sekolah Imtiaz dan penempatan pelajar terjamin” bukan sahaja longgar, malah mengesahkan satu perkara penting:kerajaan negeri sebenarnya cuba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam