KPM siasat sekolah terima tajaan syarikat arak

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan siasatan secara terperinci berhubung isu program amal di sebuah sekolah yang menerima tajaan daripada syarikat arak.

Kementerian itu menerusi kenyataan menegaskan, setiap pentadbir institusi Pendidikan KPM wajib mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

Katanya, ia termasuk larangan menerima sumbangan, melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya.

“Ini kerana tindakan itu boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

“KPM memandang serius isu penganjuran program amal di sebuah sekolah yang mendapat sumbangan syarikat minuman keras, baru-baru ini,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, KPM memaklumkan pihaknya sentiasa mengalu-alukan usaha sekolah untuk menganjurkan program dan mendapatkan sumbangan bagi tujuan pembangunan, selaras dengan inisiatif Sekolah Milik Masyarakat.

“Bagaimanapun, ia perlu dilaksanakan berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018. KPM sentiasa proaktif menangani gejala sosial dalam kalangan generasi muda.

“Pelbagai program kesedaran dan pendidikan pencegahan dianjurkan di sekolah bertujuan untuk memberi bimbingan kepada murid,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan seorang ahli politik beragama Islam menghadiri sebuah program dianjurkan sebuah syarikat minuman keras di kawasan Sepang.

Gambar yang tular di media sosial itu mendapat perhatian Public Health Malaysia (PHM) dan menerima kecaman orang ramai menyatakan individu terbabit tidak sepatutnya menghadiri dan mempromosi iklan minuman keras lebih-lebih lagi program itu membabitkan sebuah sekolah rendah di Parlimen berkenaan.

PHM berkata, sebagai langkah pencegahan, polisi yang lebih ketat perlu dikenakan untuk mengehadkan iklan alkohol di kawasan yang sering dikunjungi remaja seperti sekolah, pusat beli-belah, kompleks sukan termasuk tajaan program membabitkan institusi pendidikan.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan