‘Mari bantu kesan Albertine Leo’

JOHOR BAHRU – Orang ramai yang menemui kanak-kanak berusia 6 tahun, Albertine Leo Jia Hui yang hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri di sini, kelmarin atau mempunyai sebarang maklumat diminta segera melaporkan di balai polis berhampiran.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, orang ramai diminta bersama-sama membantu dengan melaporkan sebarang maklumat diperoleh bagi membantu usaha menemukannya.

“Saya telah menerima laporan berkenaan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hilang pada 20 Julai lalu, jam 8.30 malam akibat terpisah daripada keluarga ketika acara Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri.

“Pihak polis sedang berusaha untuk mencari dan mengesan kanak-kanak tersebut. Saya juga memohon orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemui kanak-kanak tersebut, sila laporkan segera pada balai polis berhampiran.

“Semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook miliknya, semalam.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Albertine Leo Jia Hui itu disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan diaporkan berkata, kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan rambutnya panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana.

Kumarasan berkata, kanak-kanak berkenaan memakai baju T putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan seluar pendek.

Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan kanak-kanak itu boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ridzuan Abd Hadi di talian 017-7051097 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999.

Difahamkan, lokasi pusat perniagaan itu sedang berlangsung festival Maqan x Bon Odori selama tiga hari bermula kelmarin yang disertai bapa kanak-kanak itu yang juga seorang peniaga.

Related Posts

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

BUKIT GANTANG – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan projek perintis pelantikan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas pegawai tentera dan polis di dua buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen, menyifatkan desakan pembangkang agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan hanyalah drama politik yang tidak berasaskan perancangan konkrit, sebaliknya bertujuan untuk mengekalkan sokongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET