KPKM sahut cabaran tingkatkan eksport agromakanan negara

KOTA KINABALU – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited menyahut cabaran meningkatkan eksport agromakanan negara bagi mengimbangi kebergantungan terhadap import, sejajar dengan aspirasi kerajaan MADANI dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun pengimportan makanan negara masih tinggi, kementerian akan memperhebat usaha melonjakkan eksport produk tempatan.

“Walaupun dalam ucapan RMK13, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut import makanan kita terlalu tinggi. Kita akui.

“Kalau tak dapat turunkan import, kita akan tingkatkan eksport.

“Ini cabaran yang kita ambil dengan penuh tekad,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), di sini, pada Ahad.

Tambahnya, tanaman durian, nanas dan avocado yang kini menunjukkan permintaan tinggi di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, beliau berkata pada tahun ini sambutannya menjadi lebih bermakna.

“Kita meraikan jubli emas, iaitu genap 50 tahun penganjuran HPPNK.

“Lebih istimewa sambutan peringkat kebangsaan kali ini kembali di Bumi Sabah, negeri di bawah bayu setelah kali terakhir negeri ini menjadi tuan rumah pada tahun 1995.

“Waktu itu Menteri Pertaniannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

HPPNK 2025 yang kembali ke negeri di bawah bayu selepas 30 tahun menyerlahkan potensi Sabah sebagai pusat baharu pengeluaran agromakanan berdaya saing untuk pasaran antarabangsa.

Mengulas lanjut semasa sidang media, Mohamad Sabu berkata, kini penglibatan anak-anak muda dalam pertanian terserlah.

“Kita memberi galakan bahawa ini bukan lagi kerja sambilan malah ini adalah satu mata pencarian yang mereka boleh ceburi.

“Kalau mereka usaha dengan betul dan gigih, mereka akan jadi usahawan yang berpendapatan lumayan,” katanya.

Tambah beliau, mengambil contoh seorang anak muda dari Tawau yang berani menanam avocado menunjukkan kini generasi muda berani mencuba.

“Kita di kementerian akan membantu dan menguar-uarkan tanaman avocado supaya sampai ke peringkat Sabah mampu mengeksport avocado ke luar negara,” katanya.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese