Bukan guna wang rakyat, pembelian pesawat Boeing adalah pelaburan MAG – Tengku Zafrul

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa rancangan pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) bukanlah satu pembaziran, sebaliknya merupakan keputusan perniagaan strategik yang dibiayai sepenuhnya oleh dana syarikat, bukan wang pembayar cukai.

Menurut Tengku Zafrul, pembelian tersebut telah diumumkan seawal Mac 2025, iaitu sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan pelaksanaan tarif baharu ke atas beberapa barangan eksport.

Beliau menjelaskan bahawa pembelian berprofil tinggi seperti pesawat Boeing itu telah disenaraikan sebagai antara transaksi utama Malaysia dengan Amerika Syarikat semasa rundingan perdagangan dua hala berlangsung, terutamanya apabila tarif eksport terhadap barangan Malaysia dinaikkan kepada 25 peratus.

“Rancangan pembelian ini telah diumumkan seawal Mac 2025 lagi, masa tu Presiden Trump belum umumkan tarif lagi! Tak percaya? Boleh tengok ‘headline’ yang saya kongsikan sini!

“Jadi, apa kaitan pembelian ini dengan rundingan tarif? Apabila AS mengenakan tarif, ia sebahagiannya disebabkan oleh defisit dagangan.

“Maksudnya, kita jual lebih banyak barangan ke AS berbanding membeli barang dari AS, jadi AS cuba nak kurangkan defisit ini dengan mengenakan tarif yang tinggi, 25 peratus,” katanya.

Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa kejayaan rundingan tersebut mencerminkan pendekatan proaktif dan teliti kerajaan dalam memastikan kepentingan syarikat serta ekonomi negara terus dipelihara di peringkat antarabangsa.

Jelas beliau, langkah itu merupakan sebahagian daripada strategi rundingan yang membolehkan Malaysia menyakinkan pihak Amerika untuk menurunkan kadar tarif eksport barangan tempatan daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

“Kita ambil peluang ini dengan menyenaraikan semua pembelian besar yang dirancang oleh syarikat-syarikat Malaysia dari AS, termasuk pesanan pesawat Boeing ini. Bukan kita beli semata-mata sebab nak kurangkan tarif!

“Pendekatan ini menunjukkan kepada AS bahawa kita juga pembeli besar produk mereka, dan akhirnya meyakinkan mereka untuk menurunkan tarif eksport kita dari 25 peratus kepada 19 peratus.

“Strategi bijak ini adalah hasil perundingan yang teliti, memastikan kepentingan syarikat dan negara terpelihara,” ujarnya.

Related Posts

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL