Konflik politik Perlis isyarat Bersatu tawar hati perkukuh PN – Fadhli Shaari

BERSATU seolah-olah memberi isyarat parti itu sudah tidak berminat dan komited dalam menjalin kerjasama politik dengan Pas menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sehingga kini, Bersatu gagal mengambil tindakan terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah menggugat pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

Menurutnya, sikap berdiam diri Bersatu bukan sahaja menimbulkan persoalan mengenai disiplin parti, malah berpotensi mencetuskan persepsi bahawa gabungan PN sedang berdepan keretakan dalaman yang serius.

“Kegagalan berbuat demikian dibimbangi boleh menjadi isyarat bahawa Bersatu sudah tidak berminat untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Pas di dalam Perikatan Nasional,” katanya ringkas menerusi laman sosial Facebook, pada Jumaat.

Kenyataan itu mencerminkan tekanan terbuka Pas terhadap rakan komponennya sendiri, sekali gus memperlihatkan tahap ketegangan yang semakin meningkat dalam PN susulan krisis politik di Perlis

Terdahulu, gesaan supaya Bersatu bertindak terhadap lima ADUN parti itu yang terlibat menandatangani akuan bersumpah (SD) sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni di Perlis turut disuarakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Tuan Ibrahim, tindakan sedemikian penting sebagai tanda hormat kepada rakan komponen dalam PN serta bagi memastikan disiplin dan keutuhan gabungan terus terpelihara.

Politik di Perlis bergolak selepas terdapat dakwaan wujud usaha menyingkirkan Mohd Shukri menerusi tindakan lapan ADUN, masing-masing tiga daripada Pas dan lima daripada Bersatu yang menandatangani SD menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis berkenaan.

Susulan itu, Pas mengumumkan menamatkan keahlian tiga ADUN terlibat serta-merta iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

Bagaimanapun, tiada kenyataan yang dibuat mana-mana pemimpin Bersatu susulan konflik politik di Perlis itu sehingga kini.

Kemuncak kepada konflik itu juga menyaksikan Mohd Shukri Ramli semalam membuat pengumuman melepaskan jawatan Menteri Besar atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi