KKM lancar Ops Selamat Papa kawal selia penjualan vape mulai Jumaat

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan melaksana Ops Selamat Paru-Paru (Ops Selamat Papa) akan mula dilaksana bermula Jumaat ini dalam memastikan keseluruhan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dapat dijalankan dengan menyeluruh dan berkesan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, seiring penguatkuasaan bersepadu itu, khususnya bagi mengawal ketat penjualan rokok elektronik atau vape, Ops Selamat Mama juga bagi melindungi pasangan atau isteri daripada terdedah dengan toksik asap rokok daripada perokok pasif atau tegar.

Jelasnya, KKM sangat mengalu-alukan dan menyokong pendirian enam kerajaan negeri yang mengambil sikap untuk tidak memperbaharui lesen penjualan rokok elektronik atau vape kepada premis-premis untuk menjual vape.

“Itu adalah langkah baik meskipun ia tidak dapat membanteras penjualannya kerana penjualan di kedai runcit dan serbaneka masih lagi wujud atau berleluasa.

“Setakat ini,kawal selia penjualan vape masih menjadi tanggungjawab dan tugas besar di bawah Akta 852 diselia KKM. Justeru, apa pun usaha dan agenda ke arah pengharaman vape adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Kalau kita lihat hasil daripada cadangan kumpulan jawatankuasa kepakaran rokok elektronik, Akta 852 adalah berkaitan dengan kawal selia dan bukan pengharaman (vape),” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Terdahulu ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (PH) Bentong, Young Syefura Othman di Dewan Rakyat, Dr Dzulkefly berkata, KKM mahu supaya penjualan secara terbuka vape diharamkan segera kerana terbukti keadah itu disalahgunakan dengan mencampurkan barang terlarang ke dalamnya.

“Siasatan PDRM (Polis Diraja Malaysia), kalau ambil (data) 2024, daripada 64 kertas siasatan dibuka berkaitan dakwaan pencemaran menyuntik bahan terlarang, 80 peratus didapati mengandungi dadah terlarang.

“Tahun ini sehingga Jun, 58 kertas siasatan dibuka, hampir 70 peratus positif bahan terlarang (ada dadah) dalam vape. Kami mahu bergerak ke arah pengharaman vape, tapi kami mahu lakukan dengan teliti.

“Kami mahu penguatkuasaan Akta 852 bukan sekadar menarik lesen seperti dilakukan enam kerajaan negeri, tapi vape masih berleluasa,” katanya.

Related Posts

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

ALOR SETAR – AMANAH menggesa kerajaan meneliti semula kewajaran penganjuran Festival Muzik Air ‘Rain Rave 2026’ yang didakwa tidak selari dengan budaya serta norma masyarakat Malaysia. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI