Khemah di pantai PD: Orang ramai jangan boikot melulu, hormat keputusan – Aminuddin

ORANG ramai diminta menghormati peraturan larangan pemasangan khemah di 11 pantai di Port Dickson serta tidak membuat keputusan melulu untuk memboikot pusat peranginan tersebut, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas susulan reaksi warga maya terhadap tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang melarang penggunaan khemah sendiri oleh orang awam.

“Bagi saya kita sentiasa terbuka dan saya harap masyarakat menghormati peraturan yang telah dibuat.

“Kalau tiada peraturan, kita lagi susah. Kalau tiba-tiba esok, ada kes rogol dalam khemah, yang dipersalahkan nanti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri Besar kerana telah bagi kebenaran,” katanya.

Aminuddin berkata demikian ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Projek Masjid Taman Bukit Kepayang, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya berusaha mencari penyelesaian terbaik berhubung rungutan mengenai isu khemah biru sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun Aminuddin berkata, selepas memuktamadkan permasalahan khemah biru, tetapi timbul pula isu ketidakpuasan hati berhubung larangan pemasangan khemah sehingga terdapat pihak yang mahu memboikot.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson berkata, masyarakat perlu diberi kesedaran bahawa pantai adalah milik umum dan mengambil berat terhadap nasib peniaga di kawasan itu.

“Jangan esok kita boikot, kita merugikan bangsa kita sendiri. Orang tempatan sediakan khemah, kita serang dia, tapi orang luar boleh datang bila-bila masa.

“Jangan ikut perasaan, tetapi kita tengok keselamatan, kesesuaian, adab dan suasana,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial pihak MPPD melakukan tindakan penguatkuasaan terhadap khemah awam susulan isu khemah biru yang mana pihak PBT menyediakan payung ala bali melalui peniaga khemah tempatan.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16