Penduduk perumahan atas air disaran miliki pemadam api

SANDAKAN – Penduduk yang tinggal di kawasan perumahan atas air di Kampung Sim-Sim disaran mempunyai sekurang-kurangnya satu unit pemadam api satu rumah bagi kegunaan kecemasan. 

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Komuniti (CLC) Tanjung Papat, Kapitan Thomas Lau berkata, pemadam api amat berguna untuk mengawal api kecil daripada merebak sekali gus menyebabkan kemusnahan besar bagi perkampungan atas air. 

“Dengan kemudahan pemadam api, ini juga dapat menyelamatkan nyawa serta harta benda mangsa terlibat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin selepas menziarahi keluarga wartawan Daily Express yang juga Setiausaha Persatuan Media Sandakan Sabah (Pemassa) yang terlibat dalam kebakaran di Jambatan 22, Kampung Sim-Sim.

Dalam kejadian awal pagi 4 Februari lepas, sebuah bilik yang juga kedai runcit dilapor terbakar 10 peratus di mana penghuninya yang juga ayah dan abang Mardinah serta jirannya berjaya memadam kebakaran itu menggunakan pemadam api yang terdapat rumah mereka. 

Seramai 12 penghuni rumah termasuk dua  warga emas iaitu ibu bapa Mardinah dan tujuh dewasa serta tiga kanak-kanak dilapor selamat dalam kejadian itu.

Thomas yang juga Penasihat Pemassa berkata, pihaknya juga akan membantu keluarga itu bagi kos baik pulih yang diperlukan agar kedai runcit dapat beroperasi seperti biasa.

Turut hadir, Pengerusi Pemassa, James Leong; Timbalan Pengerusi Pemassa, Fauzi R Lahap dan Bendahari Pemassa, Winnie Kasmir.

Terdahulu, Mardinah mewakili keluarganya turut merakam penghargaan terima kasih atas sumbangan yang diterima dari Pemassa.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16