Ketua Jabatan sembunyi salah laku penjawat awam akan dikenakan tindakan

KOTA KINABALU – Ketua Jabatan yang gagal mengambil tindakan atau cuba menyembunyikan salah laku dalam kalangan penjawat awam bakal berdepan tindakan tegas.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, antara tindakan yang akan dikenakan ialah pemotongan markah prestasi atau ‘demerit point’ sebanyak 15 peratus.

“Sudah tentu tindakan akan diambil. Mana-mana ketua jabatan yang tidak mengambil tindakan atau cuba menyembunyikan salah laku akan dipanggil.

“Kita akan kenakan ‘demerit point’ terhadap kegagalan mengambil tindakan berhubung kesalahan tatakelola.

“Sebanyak 15 peratus akan ditolak dan mereka juga boleh dikenakan tindakan lain yang bersesuaian,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Sabah, di sini pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, proses untuk membuang penjawat awam atas kesalahan tatakelakuan dan tatatertib pula akan mengambil masa dan dilaksanakan secara berperingkat mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993.

Mengulas mengenai Jelajah Taat Setia MADANI, beliau berkata, dua elemen penting yang ingin disampaikan melalui program itu ialah kefahaman terhadap Nilai-Nilai Malaysia MADANI serta semangat taat setia yang perlu ada dalam diri setiap penjawat awam.

“Dalam majlis ini, kita utamakan dua perkara iaitu pertama, kefahaman mengenai Nilai-Nilai Malaysia MADANI dan kedua, semangat taat setia yang perlu ada pada penjawat awam,” katanya.

Sebagai rekod, program tersebut dihadiri kira-kira 2,000 penjawat awam melibatkan 1,000 daripada perkhidmatan negeri dan 1,000 lagi perkhidmatan persekutuan.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori