PM ucap tahniah kepada Paus Leo XIV

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada penganut Katolik di seluruh dunia atas pemilihan Paus Leo XIV.

Anwar berkata, ini merupakan lembaran baharu bagi komuniti Katolik dunia dan meyakini ia akan menjadi sumber tekad dan inspirasi yang diperbaharu.

“Malaysia menghargai hubungan dengan Holy See dan kami berharap dapat meneruskan jalinan kerjasama yang berteraskan sikap saling menghormati, dialog dan komitmen bersama terhadap keamanan dan maruah insan,” kata Anwar dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Robert Prevost, seorang kardinal berusia 69 tahun dari Chicago, Amerika Syarikat (AS) dipilih sebagai paus baharu pada Khamis dan menjadi rakyat AS pertama memegang jawatan tertinggi gereja Roman Katolik itu.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), beliau akan menggunakan nama Paus Leo XIV, menandakan kali pertama nama itu digunakan sejak abad ke-19.

Beliau menggantikan Paus Francis yang meninggal dunia pada 21 April lepas pada usia 88 tahun selepas mengalami beberapa masalah kesihatan termasuk serangan jantung.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis