Kestabilan politik tunjang kecemerlangan sukan

PINGAT pertama yang ditunggu-tunggu rakyat negara ini dalam temasya Olimpik Paris 2024 akhirnya menjelma pada hari ke-10 (4 Ogos, Ahad), kira-kira jam 10:12 malam, menerusi beregu badminton lelaki – Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Mereka menumpaskan beregu Denmark – Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dengan mata 16-21; 22-20; 21-19 dalam tempoh 74 minit bagi mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi pada Olimpik 2020 Tokyo.

Sebelum itu, harapan disandarkan di bahu beregu wanita – Pearly Tan dan M. Thinaah namun mereka tumpas 11-21; 11-21 pada penentuan gangsa kepada bergu Jepun – Nami Matsuyama dan Chiharu Shida.

Baki sandaran emas kepada Lee Zii Jia dalam acara badminton kemudiannya musnah setelah tewas 14-21; 15-21 kepada Kunlavut Vitidsarn dari Thailand.

Walaupun begitu, beliau berpeluang menyambar gangsa jika menewaskan Lakshya Sen dalam perlawanan yang bermula 8:30 malam ini setelah pemain India itu terpaksa akur 20-22; 14-21 kepada Viktor Axelsen dari Denmark.

Terdahulu itu, kembara beregu campuran – Chen Tan Jie dan Toh Ee Wei pada temasya ini tersekat di suku akhir ekoran kecederaan Chen Tan Jie pada set pertama. Mereka tewas 19-21; 14-21 kepada beregu Korea Selatan – Kim Won Ho dan Jeun Na Eun.

Satu lagi sandaran kita – Goh Jin Wei – tidak mampu melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Beliau menang ke atas Johanita Scholtz dari Afrika Selatan dengan 23-21; 21-11, namun tewas tipis 17-21; 22-20; 21-23 kepada Kim Ga Eun dari Korea Selatan.

Fokus ke atas badminton dilakukan kerana sukan inilah paling berpotensi memberikan kita pingat emas selain acara berbasikal, terutamanya melalui The Pocket Rocketman – Datuk Azizulhasni Awang dan seorang dua rakannya.

Hal itu tidak bermakna saya memperkecil dan meremehkan keupayaan atlet lain kerana segala-galanya boleh berlaku sebagaimana kata peribahasa; “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!”

Sungguhpun demikian, setelah kita juga ketiadaan beberapa nama besar dalam sukan akuatik, terutama sekali acara terjun, mungkin kita sudah seharusnya mula pandang ke hadapan dan menjadikan Olimpik 2028 sebagai sasaran kecemerlangan,

Dalam sukan badminton, beberapa bakat baru dalam setiap acara seharusnya digilap kerana kita memerlukan pelapis yang akhirnya dapat menyinar dalam usia muda pada temasya Olimpik 2028.

Kita seharusnya berasa iri hati secara positif kepada Thailand yang mampu melahirkan pemain sehebat Kunlavut Vitidsarn – tenang dalam permainan dan sangat menyerlah ketika usianya baru mencecah 23 tahun.

Apakah halangan kita sebenarnya?

Itu soalan yang bagus. Banyak pihak menyatakan bahawa sistem latihan, keupayaan jurulatih, peruntukan kerajaan, jumlah populasi rakyat negara ini, mentaliti pemain, dan “seribu satu” perkara lain disenaraikan.

Bagi saya, ada satu perkara perlu kita perhatikan iaitu pergolakan politik dalam negara! Saya percaya inilah masalah sebenarnya.

Ya, satu daripada faktor kecemerlangan sukan tanah air tentulah kestabilan politik. Dari sisi ini, kita tidak berada dalam keadaan yang kondusif kerana isu 3R, khususnya isu perkauman sering dipercikkan.

Sekiranya terus kita biarkan politik dihuru-harakan oleh sesetengah pihak, sudah pasti kita tidak akan mampu melangkah jauh dan ribuan bakat sukan kita saban tahun berhadapan kesukaran.

Setuju atau tidak, terpulang, namun jangan sesekali mengabaikan hakikat ini, lagipun peribahasa Melayu ada mengatakan: “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!”

Oleh sebab itu segeralah insaf demi negara tercinta. Masih ada waktu untuk kita membetulkannya.

Majulah sukan untuk negara!

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Memaknai reformasi dalam MADANI

PEMILIHAN Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR 2025 bakal menjadi satu lagi entiti penting bukan sahaja dalam lipatan sejarah politik tanah air, malah bakal menjadi penentu kejayaan mutlak agenda Malaysia MADANI.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemerosotan prestasi Terengganu dalam SPM akibat permainan politik?

MERUJUK kepada keputusan 50 sekolah terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, hanya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Berang dan MRSM Kota Putera sahaja yang tersenarai sebagai wakil dari Terengganu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

Inflasi keseluruhan catat penurunan

Inflasi keseluruhan catat penurunan