5,364 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

MAKKAH – Seramai 5,364 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah setakat 12 tengah malam tadi, menandakan kelancaran fasa awal pergerakan jemaah bagi musim haji tahun ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, sebanyak 19 penerbangan yang membawa jemaah Malaysia tiba dengan selamat, manakala satu lagi penerbangan berlepas ke Madinah hari ini.

“Tabung Haji sentiasa memantau pergerakan jemaah dari semasa ke semasa bagi memastikan semua perancangan operasi berjalan seperti ditetapkan, selain memastikan kebajikan jemaah sentiasa terjaga,” katanya kepada Bernama.

Mohd Hisham berkata, lebih banyak penerbangan dijadualkan membawa baki jemaah secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Operasi Haji 1447H/2026M bermula secara rasmi pada 18 April lalu, dengan 31,600 jemaah haji Malaysia berlepas secara berperingkat ke Madinah dan Makkah menerusi 100 penerbangan sewa khas oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.

Related Posts

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

KUALA LUMPUR – Jumlah pendaftaran kad Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme meningkat kepada hampir 89,000 orang pada tahun ini, berbanding sekitar 23,000 orang pada 2021, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PUTRAJAYA – Seorang bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diperintah menjalani hukuman penjara empat tahun selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan terhadapnya bagi kesalahan menerima rasuah RM200,000 berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

5,364 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

5,364 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM