Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyarankan majikan sektor swasta mempertimbangkan pelaksanaan waktu kerja fleksibel, termasuk bekerja dari rumah (BDR), sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan api, mengekang tekanan kos serta mengekalkan produktiviti dan kesejahteraan tenaga kerja.

Anwar berkata, dalam suasana ekonomi yang mencabar, majikan perlu lebih bersikap terbuka, anjal dan pragmatik dalam mengurus operasi syarikat.

“Dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan yang serius angkara konflik yang terus meruncing di Asia Barat sememangnya memberikan impak besar, bukan sahaja kepada kestabilan serantau, malah kepada ekonomi dan keselamatan global.

“Kesannya kepada negara nyata jika krisis ini tidak dileraikan dalam masa terdekat, negara akan terdedah kepada kesan ekonomi yang lebih sistemik, umpamanya kos logistik meningkat, tekanan harga terus memuncak dan gangguan kepada sektor pembuatan,” katanya.

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Sambutan Hari HASiL ke-30 Tahun 2026, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz; serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Tambah beliau, cabaran global yang semakin kompleks menjadikan pengurusan hasil dan perbelanjaan negara lebih kritikal berbanding sebelumnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa seluruh jentera kerajaan perlu memperkukuh tatakelola, memastikan setiap perbelanjaan dilakukan secara berhemah, menutup ruang ketirisan serta mempergiat usaha memperluas asas hasil dan meningkatkan pematuhan.

Dalam pada itu, beliau berkata sektor swasta tidak boleh terus bergantung kepada pendekatan lama dalam landskap ekonomi yang telah berubah.

“Sebaliknya, inilah masanya untuk mempercepatkan peningkatan produktiviti, meningkatkan pelaburan dalam inovasi serta automasi dan mencambah nilai tambah serta kemampanan.

“Kerajaan sudah menyediakan kerangka Ekonomi MADANI serta dasar yang jelas untuk mengangkat martabat dan harakat negara yang mana sektor swasta mesti memanfaatkan sepenuhnya ruang dan peluang yang dibuka oleh ikhtiar reformasi ini,” katanya.

Related Posts

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mencatat kutipan cukai tertinggi dalam sejarah negara sebanyak RM203.991 bilion bagi tahun 2025, sekali gus membuktikan kecekapan sistem percukaian negara, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengadakan perbincangan berhubung senarai nama calon baharu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar