Kesilapan gambar Jalur Gemilang tidak boleh diterima – Agong

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka depan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, semalam, tidak boleh diterima.

Titah Sultan Ibrahim, bendera negara adalah lambang kedaulatan dan identiti sesebuah negara yang tidak boleh dipersendakan.

Baginda bertitah, bendera bukan sekadar kain bercorak berwarna-warni, sebaliknya ia mewakili perjuangan, sejarah, kemerdekaan dan semangat rakyat jelata.

“Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.

“Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima,” titah baginda dalam hantaran melalui Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Seri Paduka bertitah, pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan serta-merta terhadap Sin Chew Daily kerana menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar itu, semalam.

KDN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak Sin Chew Daily sudah dipanggil, hari ini, bagi tujuan siasatan dan Surat Tunjuk Sebab turut diserahkan.

Related Posts

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

KUALA LUMPUR – Jumlah pendaftaran kad Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme meningkat kepada hampir 89,000 orang pada tahun ini, berbanding sekitar 23,000 orang pada 2021, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PUTRAJAYA – Seorang bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diperintah menjalani hukuman penjara empat tahun selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan terhadapnya bagi kesalahan menerima rasuah RM200,000 berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?