Keselamatan siber sedang diperkasa, perkukuh tindakan bendung ancaman ‘Weaponized AI’

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI sedang memperkasa langkah strategik bagi memastikan keselamatan siber negara sentiasa terjamin, khususnya dalam menghadapi ancaman baharu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk tujuan jenayah atau dikenali sebagai Weaponized AI.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo menjelaskan, Weaponized AI merujuk kepada penyalahgunaan teknologi AI bagi tujuan menyerang, menipu atau menjejaskan keselamatan pihak lain, termasuk melalui ‘deepfake’, serangan siber automatik, penyebaran maklumat palsu dan penipuan kewangan pintar.

Menurut beliau, beberapa insiden yang dikesan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) menunjukkan peningkatan penggunaan teknologi AI dalam jenayah siber.

“Antara bentuk utama Weaponized AI termasuk penggunaan teknologi ‘deepfake’ untuk pemerasan, serangan phishing automatik yang lebih meyakinkan, penipuan menggunakan suara tiruan, dan penyebaran propaganda digital yang menggugat kestabilan sosial.

“Kes yang dilaporkan termasuk penipuan ‘deepfake’ untuk pemerasan seksual (sextortion), scam dengan suara tiruan (voice cloning), dan eksploitasi data peribadi hasil kebocoran maklumat.

“Sindiket kini menggunakan kecerdasan buatan untuk menghasilkan panggilan dan mesej palsu yang amat meyakinkan, menyebabkan lebih ramai mangsa tertipu melalui kaedah penipuan digital moden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen (PH) Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Bagi menangani cabaran itu, Gobind menegaskan, kerajaan mengambil pendekatan bersepadu merangkumi aspek perundangan, tadbir urus, dan kawal selia teknologi digital.

“Antara langkah utama termasuk pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) bagi melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara serta pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang kini mewajibkan pelaporan insiden pelanggaran data.

“Selain itu, kerajaan sedang merangka Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber baharu bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 yang akan menjadi undang-undang utama menangani jenayah siber di bawah kawal selia Majlis Keselamatan Siber Negara (NACSA),” katanya.

Dalam pada itu, Gobind turut memaklumkan, Kementerian Digital kini sedang menggubal undang-undang khusus berkaitan penggunaan AI yang bertanggungjawab.

“Ini seiring dengan pelancaran Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika AI (AIGE) yang berteraskan tujuh prinsip utama termasuk keadilan, keselamatan, ketelusan dan kesejahteraan manusia.

“Langkah strategik ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengawal selia penggunaan AI dengan berasaskan undang-undang dan etika demi melindungi keselamatan siber negara serta mengekalkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap agenda digital Malaysia,” katanya.

Related Posts

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

IPOH – Isu pemindahan tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping dan Night Safari ke Zoo Tennoji kini mencapai tahap perbincangan tertinggi apabila dibawa terus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarahkan mempertingkat operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan