Kerjasama unversiti, IPT diperkukuh demi masa depan pendidikan

MIRI – Kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan sektor industri perlu diperkukuh secara strategik dan berterusan bagi memastikan pendidikan negara kekal relevan serta mampu memenuhi keperluan masa depan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pendekatan bersepadu ini penting untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, memacu inovasi melalui penyelidikan serta membangunkan modal insan yang adaptif dan berdaya saing.

“Kita tidak hanya melahirkan graduan, tetapi ingin membentuk insan yang benar-benar bersedia untuk menghadapi realiti pekerjaan yang semakin mencabar,” katanya ketika berucap pada Program Sesi Libat Urus Industri Zon Borneo dan Career Fair 2025 di Meritz Hotel, Miri, hari ini.

Beliau turut menegaskan, hubungan antara universiti dan industri tidak boleh bersifat bermusim, sebaliknya perlu dibina secara konsisten dan menyeluruh.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata antara isu utama yang perlu ditangani ialah kurikulum yang kurang responsif terhadap kehendak industri, penyelidikan universiti yang belum diterjemahkan kepada inovasi pasaran serta penglibatan industri yang masih terhad dalam ekosistem pendidikan tinggi.

“Universiti harus membuka ruang lebih luas kepada industri untuk terlibat dalam pembentukan kurikulum serta menyediakan latihan praktikal yang memberi nilai tambah kepada pelajar,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru agar pihak industri tampil lebih aktif sebagai rakan strategik menerusi program mentorship, latihan kemahiran dan penyelidikan bersama – bukan hanya sebagai pengguna bakat semata-mata.

Mustapha turut merakamkan penghargaan kepada beberapa universiti tempatan seperti UNIMAS, UMS, UPM Cawangan Bintulu dan UiTM Cawangan Sarawak atas komitmen mereka dalam memacu agenda kolaborasi pendidikan dan industri di negeri ini.

Beliau juga menyambut baik penganjuran Career Fair di Bintang Mega Mall, Miri yang bukan sahaja membuka peluang kerjaya kepada masyarakat setempat, malah mengukuhkan hubungan antara sektor akademik dan industri.

Sarawak Berpotensi Jadi Model

Tambah beliau, Sarawak yang kaya dengan sumber asli, pesat membangun dalam industri minyak dan gas, serta aktif dalam bidang teknologi digital, pelancongan dan industri kreatif, berpotensi besar menjadi model kerjasama universiti dan industri yang mampan di negara ini.

“Saya menyeru semua pihak agar terus bekerjasama dalam membentuk landskap pendidikan tinggi yang progresif dan relevan dengan keperluan semasa,” katanya mengakhiri ucapan.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda